Tuduhan netizen terhadap suami kepada Janna Nick, iaitu Dini Schatzmann yang didakwa mempunyai masalah dalaman sehingga menyebabkan mereka belum dikurniakan zuriat tidak menjejaskan pasangan itu.
Menganggap orang luar tidak mengetahui situasi sebenar, pelakon berusia 29 tahun ini berkata dia dan suaminya sudah menjalani ujian perubatan untuk memastikan mereka dalam keadaan baik.
Tambahnya lagi, dia tidak perlu berkongsi laporan kesihatan dirinya dan suaminya kepada khalayak ramai hanya untuk membuktikan mereka masih belum dikurniakan zuriat.
Bagaimanapun, aktres yang terkenal melalui drama My Coffee Prince itu menekankan cahaya mata adalah rezeki yang datang daripada Allah SWT.
Pada masa sama, Janna turut meminta orang ramai mendoakan agar dia dan suaminya dikurniakan zuriat pada masa hadapan. Dia juga menghargai doa peminat dan berharap doa-doa tersebut dimakbulkan oleh Allah SWT.
“Sama-samalah mendoakan saya dikurniakan zuriat nanti. Mana tahu doa daripada peminat dimakbulkan oleh Allah SWT. Doakanlah yang terbaik buat saya,” ujarnya.
Terdahulu, Janna Nick meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila ada individu menuduh suaminya hormon wanita yang lebih sehingga menyebabkan Janna tidak boleh mengandung.
Sekadar info, Janna dan Dini telah selamat mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.