Sempena ulang tahun kelahiran Hawa Rizwana pada 7 September, MeleTOP membawa satu kejutan istimewa untuk pengacara itu ketika program tersebut bersiaran secara langsung pada Selasa lalu.

Hawa yang pada mulanya beranggapan pelawak Achey yang hadir sebagai tetamu ingin membuat satu pengumuman khas, rupa-rupanya ia satu kejutan untuknya.

Salah seorang rakannya dalam program Realmen Malaysia iaitu Eric Lay datang bersama sejambang bunga sebagai satu kejutan buatnya.

“Saya tengah gementar… Hawa, happy birthday. Saya nak ucapkan selamat hari lahir dan sentiasa dalam keadaan baik. Dan yang paling penting, tolong senyum sebab I love your smile,” kata Eric.

Hawa yang dalam keadaan terkejut memberitahu kepada Eric yang ibu bapanya juga sedang menonton program tersebut.

“Awak tahu ibu bapa saya menonton ini? Cakap sesuatu kepada ibu bapa saya,” seloroh Hawa.

Namun momen yang mendebarkan apabila Eric secara tiba-tiba melutut seakan-akan ingin melamar Hawa dengan mengeluarkan kotak kecil berwarna merah.

“Saya ada hadiah istimewa untuk awak… tolong jangan terkejut. Awak nak tengok apa ada dalam?” kata Eric dalam posisi melamar dengan memegang kotak cincin berwarna merah.

Bagaimanapun, dalam kotak tersebut bukanlah cincin lamaran sebaliknya kunci untuk kotak yang dibawa oleh pelawak Shashic yang berisikan hadiah baju ‘wind breaker’.

BACA SINI: Comelnya Hawa Rizwana Jadi Kakak Bomba! Dah Bersiap Lepas Solat Subuh, Semangat Sertai Perarakan Hari Kebangsaan

BACA SINI: Oh! Rupa-Rupanya Hun Haqeem Adalah Celebrity Crush Hawa Rizwana - "Risau Takut Ayah Tengok"