Penyanyi dan pelakon, Erry Putra nafi dakwaan memplagiat lagu No No No yang dinyanyikan oleh selebriti versatil, Kelly Azman.
Kata Erry, dia mendapat demo lagu tersebut daripada pihak ketiga dan tidak tahu menahu langsung bahawa lagu tersebut telah dikeluarkan oleh Kelly pada 2016.
“Saya mendapat demo lagu tersebut daripada seorang budak buskers ini, dia menjual lagu demo yang telah dinyanyikan oleh nya dan menjual demo tersebut dengan harga RM3,000 kepada saya.
“Jadi, saya memang tak pernah tahu dan tak pernah dengar pun lagu Kelly, lepas saya keluarkan posting promo lagu tersebut, tiba-tiba ada ramai mesej cakap saya viral sebab ciplak lagu dia," katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Erry, 46 turut meluahkan rasa berangnya apabila telah dituduh semberono oleh Kelly Azman tanpa berbincang terlebih dahulu bersama pihaknya.
“Saya geram lah sebab kena tuduh tiba-tiba patutnya dia tanya saya dulu kenapa kau ambil lagu aku bukan kenapa kau ciplak lagu aku sebab sekarang ini semua orang akan anggap saya menciplak.
“Sekarang ini, saya pun tidak pasti sama ada pihak ketiga yang menjual lagu itu kepada saya yang bersalah atau pun macam mana.
“Saya pun tak sempat lagi nak berjumpa dengan Kelly dan juga budak buskers yang menjual lagu itu.
“Sebelum ini Kelly pernah menghubungi saya tetapi ketika dia cuba menghubungi saya sebelum ini saya memang tengah busy shooting di Bukit Fraser, jadi line memang takde disitu.

Berita Trending: Kelly Azman Naik Hantu Ada Artis Plagiat Lagu 'No ...


“Tapi semalam saya ada tanya Kelly untuk berjumpa dengan dia tetapi katanya dia sedang berada di Singapura,” tambah nya lagi.
Dalam pada itu, Erry turut menepis dakwaan yang isu berebut lagu ini adalah sekadar gimik atau ‘marketing untuk menagih publisiti.
Sebelum ini, Gempak pernah melaporkan tentang isu panas dimana Kelly Azman mendakwa Erry Putra mengambil lagu ‘No No No’ itu dan hanya sekadar menukar melodi dan beberapa baris lirik lagu.
Sekadar info, lagu yang dikeluarkan Erry Putra bertajuk Oh No Sayang Versi Studio ini baru sahaja dilancarkan semalam menerusi platform Youtube.