,
Laman Utama

Evan Rachel Wood Dakwa Dibius & Diperkosa Marilyn Manson Bertahun-Tahun, Pernah Dipaksa Gugurkan Kandungan Kerana ...

Amri Hassan
09/03/2022
07:49 MYT
Pelakon, penyanyi dan model Amerika Syarikat, Evan Rachel Wood mendakwa telah dibius dengan pil tidur dan dadah jenis syabu oleh penyanyi berimej eksentrik, Marilyn Manson.
Teknik itu digunakan Manson selama bertahun-tahun untuk memperkosa Rachel Wood.
Sejak Februari tahun lalu, Rachel Wood secara terbuka mendedahkan keganasan seksual yang dilaluinya sejak mula berpacaran dengan Manson dari 2006 hingga 2011.
Sepanjang tempoh itu, banyak hubungan seksual yang tidak diinginkannya berlaku bahkan tidak disedarinya.
Dalam filem dokumentari Phoenix Rising, pelakon wanita berusia 34 tahun itu menuduh bekas kekasihnya telah membius dan mengambil kesempatan itu untuk memperkosanya ketika dia tidak sedarkan diri.
"Dia mula memperkosa aku saat aku tidur. Aku terbangun. Aku hanya ingat aku mencongak kemudian terpaksa fikir 'diam saja, tidur dan jangan bergerak'.
"Jadi, aku hanya terbaring dalam kelemasan dan berdiam diri sampai dia selesai. Kemudian, aku cuma berharap demi Tuhan, dia akan menolak kakiku dan berjalan keluar dari bilik," ceritanya ketika temubual bersama The New York Post dalam babak filem dokumentari tersebut.
Rachel Wood tirut mengimbas semula keadaannya yang kesakitan selepas dipaksa menggugurkan kandungan bayinya pada tahun 2011.
"Daripada awal hubungan kami, dia selalu mempertikaikan cara pencegahan kehamilan yang saya lakukan. Dia tidak suka cara saya dan secara hakikatnya dia juga tidak mahu saya menggunakan sebarang alat mencegah hamil.
"Ketika proses menggugurkan bayi kami, dia keluar meninggalkan saya. Kemudian seingat saya dia suruh saya menyediakan makan malam untuk dia. Saya cakap saya perlu berehat, tapi dia tak peduli pun!" ceritanya.
Selepas kejadian itu, Rachel Wood berdepan depresi dan pernah mengakui cuba untuk membunuh diri.
Awal minggu ini, Manson menerusi peguam yang dilantik telah memfailkan saman fitnah terhadap Rachel Wood, mendakwa wanita itu telah menjejaskan reputasi kariernya.
Rachel Wood pernah mendedahkan dirinya diperkosa oleh Manson dalam salah satu babak muzik videonya berjudul Heart-Shaped Glasses.
Ketika itu, Rachel Wood baru berusia 19 tahun dan adegan seks itu dipersetujui hanyalah sebahagian daripada lakonan. Bagaimanapun, penyanyi lelaki itu betul-betul memasukkan kemaluannya.
Sumber: The Independent, Variety
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.