Sepotong video memaparkan pelakon Zila Bakarin dan anaknya, Kasih berjaya mendapat perhatian ramai.
Advertisement
Menerusi perkongsian di akaun TikToknya, memaparkan Zila atau nama asalnya Rosmawati Bakarin, 49, sedang lipsync lagu berjudul Garam & Madu bersama anaknya.
@zilbak75 pov: baju biru tau lirik tak? (gigih menghafal) #fyp @kssh. ♬ original sound - 🍩Zilabakarin75
“Baju biru tahu lirik tak? gigih menghafal lagu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen ramai netizen terpegun dengan kecantikan Kasih sehingga ada yang mengatakan bahawa anaknya itu mewarisi kecantikan Zila.
Bukan itu sahaja, ada juga yang sempat mencuba nasib untuk menjadi menantu Zila.
“Anak dia ada vibes mak dia masa muda. Lawa.
“Exotic nya muka anak dia, wajah internasional
“Assalamualaikum mama, macam ni kena marah hari-hari dengan mama pun takpe,” seloroh netizen.
Setakat artikel ini ditulis hantara tersebut telah mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan di TikTok.