gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Rakam Video ‘Bergurau’ Ketika Nyanyi Lagu Negaraku, Pempengaruh Mohon Maaf - “Saya Insaf Dan Berjanji…”
HIBURAN
Erma Fatima Tegur Netizen, Minta Jangan ‘Menyibuk’ Isu Anna Jobling & Ibu Kandung - “Siapa Kita Untuk Menghukum”
HIBURAN
Faizal Hussien Pilih Untuk ‘Diam’, Elak Tegur Pelakon Bermasalah Di Set - “Walaupun Dia Ulang Babak Lapan Kali…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Faizal Hussien Pilih Untuk ‘Diam’, Elak Tegur Pelakon Bermasalah Di Set - “Walaupun Dia Ulang Babak Lapan Kali…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
12/08/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Faizal Hussien Pilih Untuk ‘Diam’, Elak Tegur Pelakon Bermasalah Di Set - “Walaupun Dia Ulang Babak Lapan Kali…”

Pelakon, Faizal Hussien akui dia memilih untuk tidak menegur pelakon yang bermasalah atau kurang berdisiplin ketika berada di set penggambaran.

Jelas Faizal atau nama lengkapnya Mohd Faizal Hussien, pendekatan itu diambil demi menjaga hati rakan pelakon serta mengelakkan sebarang perselisihan yang boleh menjejaskan suasana kerja.

“Saya tidak pernah tegur lakonan sesiapa walaupun dia ulang babak lapan kali kerana mahu menjaga hati. Sekiranya penggambaran itu mengambil masa dalam tujuh hari, saya tidak mahu teguran atau herdikan itu menjadi perkara yang menyakiti hati sesiapa. Itu lebih baik.

“Setiap kali menjalani proses penggambaran, saya lebih memilih untuk mengekalkan keharmonian. Pada saya, perasaan pelakon tidak boleh diganggu.

“Apatah lagi pergaduhan, herdikan dan salah faham. Pada saya, tekanan sebegitu boleh mengganggu fokus dan emosi pelakon lain. Secara tidak langsung menjejaskan mutu lakonan,” katanya kepada Gempak.

Bagi pelakon Bidaah ini, keharmonian di set penggambaran adalah satu keutamaan.

Dalam pada itu, Faizal akui dia pernah melalui pengalaman diherdik pelakon senior namun tidak menganggapnya sebagai buli.
“Suatu ketika dahulu, saya ada juga diherdik pelakon senior tapi saya tak ambil hati atau menganggap itu sebagai buli.

“Kalau ikut umur, kadangkala kita kena juga ambil nasihat artis senior. Mungkin disebabkan perbezaan usia, mereka tidak faham apa yang pelakon senior cuba sampaikan. Saya pun masa muda mungkin begitu,” ujarnya

Faizal juga mengakui industri seni tanah air masih memerlukan peningkatan dari segi disiplin dan kesedaran demi kelancaran produksi.

Dia percaya setiap pelakon akan melalui proses pembelajaran yang akan membentuk mereka menjadi lebih matang dan berdisiplin seiring pertambahan usia dan pengalaman.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Tegur
#Faizal Hussien
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement