Pelakon Falisha Crossley berkongsi berita gembira apabila memaklumkan bahawa dirinya kini yang sudah selamat melahirkan anak keduanya pada 4 Disember lalu.

Falisha atau nama sebenarnya, Nur Falisha Crossley Faisal, 34, turut mendedahkan bayi lelakinya itu yang diberi nama, Mohamad Shaqur Mateen.

"Akhirnya selepas bersabar menanti 40 minggu beserta dua hari overdue. Kami ingin maklumkan kelahiran bayi lelaki kami pada Jumaat lepas, 4 Disember 2020.

"Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan kami yang menyambutnya selain memanjatkan rasa syukur," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam entri tersebut, pemenang Pelakon Baru Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-28 itu turut berkongsi momen-momen indah ketika menyambut kelahiran anak keduanya itu.

A post shared by ?Mrs. RfqArf ? 010117 (@falishacrossley)


Kata Falisha, bayinya itu dilahirkan pada pukul 11.38 pagi dengan berat 3.68 kilogram.

"Selepas lapan hari kelahirannya, dengan sukacita kami nak perkenalkan anda dengan anak lelaki kami," kata pelakon filem Mat Moto itu.

Falisah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohamad Rafiq Mohd. Arif pada Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Nur Raysha Mikhayla yang kini berumur tiga tahun.