Mengikut rencana asal, Neptunes Presents akan membawakan tiga nama besar pemuzik Indonesia lewat Outloud Indonesian Series dalam Senandung Malam yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur malam ini.
Mereka adalah kugiran Efek Rumah Kaca, Pusakata dan Payung Teduh.
Namun entahkan kebetulan atau memang sudah rezeki, Neptunes Presents tiba tiba menjadi penganjur pertama yang bukan sahaja berjaya menggabungkan Efek Rumah Kaca, Pusakata dan Payuh Teduh di atas pentas, tetapi akan melakar sejarah apabila Pusakata dan Payung Teduh kembali bersatu sebagai sebuah kugiran.
Pusakata atau nama sebenarnya Mohammad Istiqamah Djamad dengan nama pentas Is adalah vokalis Payun Teduh yang meninggalkan kugiran tersebut pada 2017.
Namun, beberapa hari lalu, mereka mengumumkan telah kembali ‘menikah’ dan memilih nama baharu untuk kugiran tersebut dengan nama Parade Hujan.
“Jadi ini adalah pertama kali dan secara rasmi bukan di Indonesia, tetapi di Malaysia, Pusakata dan Payung Teduh yang kini menjadi Parade Hujan melakukan persembahan setelah kami mantap reunion semula,” ujar Is dalam sidang media Senandung Malam yang berlangsung di Swee Lee, Lot 10, Kuala Lumpur.
Meski sudah mahu dikenali sebagai Parade Hujan, mereka tetap akan mengkhayalkan peminat dengan tembang tembang hit Payung Teduh seperti Akad dan Menuju Senja.
Bercakap mengenai gabungan semula dengan memakai nama Parade Hujan, kata Is simbolik dalam konotasi Hujan itu adalah ia akan tetap ada dan tidak ada siapapun yang boleh melarikan diri daripada hujan.
“Jujurnya gabungan semula ini adalah demi show business dan saya percaya banyak (pemuzik) yang melakukannya juga.
“Tapi saya juga masih punya ‘urusan yang belum selesai’ dari karya Payung Teduh yang mesti dilanjutkan kesinambungan dalam Parade Hujan.
“Jadi saat kami berbincang dan mereka memberi kesempatan untuk saya kembali berjuang dengan yang lain, kami lanjutkan.
“Dan kami harus berterima kasih kepada Neptunes Presents yang memberi kesempatan ini kerana memang sudah lama mahu kembali bertemu peminat di Malaysia,” ujar Is lagi.
Maliah Surip
Wed Nov 30 2022


Sam Smith Dituduh Cuba Normalisasikan Budaya P*rnografi Melalui Video Klip?
Penyanyi Sam Smith baru merilis single terkininya, I'm Not Here To Make Friends.

Tertembak Kru Sampai Mati, Faktanya Alec Baldwin Sedang Bercakap Di Telefon
Aktor dan penerbit Alec Baldwin didakwa sedang bercakap di telefon sewaktu insiden tertembak mati kru di set penggambaran filem Rust di Mexico, Oktober tahun lalu.

"Letih Sampai Menangis..."- Ayda Jebat Turun 5kg Akui Penat & Tak Cukup Tidur
Ayda Jebat Turun Berat Badan

“Ni Bukan Tipu-Tipu Kan?” - Park Seo Joon Nak Datang Malaysia! Peminat Tak Sangka, Siap Ajak Lepak Minum
Okay yang ni memang tak sabar nak jumpa!

“Paling Indah, Kuala Lumpur Lokasi Pertama Konsert Saya” - Lepas 10 Tahun, Yura Yunita Tunai Janji Peminat
Alaaaa sweetnya Yura Yunita ni...

Netizen Tegur Penampilan Tak Cantik Macam Dulu, Mawar Karim : “Sekarang Ini Lebih Bersyukur, Tenang Sebab Duit Tak Habis Lesap”
Cantik je Mawar...
![[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…” [VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-25_2.png?ext=.png)
[VIDEO] Bersemut! Netizen ‘Cemburu’ Tengok Kemesraan Da’i Syed & Hana Ismail Mandi Pantai - “Buat Yang Masih Single, Kita Tarik…”
Sweet!

Rashidi Ishak Akhiri Zaman Duda, Selamat Bernikah Dengan Penerbit Drama Wan Hasliza?
Tahniah Rashidi Ishak dan Wan Hasliza

Sedih Datang Bulan Ketika Tiba Di Makkah, Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah
Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah

"Gilalah! Nasi Lemak RM0.90 Sen..." - Ada Anggap Pak Mat Western Cafe Menipu
Tak masuk akal harganya!