Nama pelakon Uqasha Senrose menjadi bualan sejak semalam apabila dia dituduh sebagai penyebab seorang wanita yang dikatakan meninggal dunia kerana pernah menjadi mangsa buli dramatis berkenaan.

Susulan daripada isu tersebut, rakan artis, Fatiya Latiff dilihat memberi sokongan terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada isteri Kamal Adli itu.

BERITA TRENDING: Uqasha Senrose Bersuara Dituduh Punca Kematian Wanita - "Ketika Saya Cuba Memaafkan & Reda..."

“Sis yang tuduh Uqasha, jangan sampai awak yang kena accuse of defamation ye, takut awak yang kena.



“Jangan sampai saya dedahkan wajah awak, jangan rasa awak boleh serang orang lain. Nak try gaslighting ke sis?,” tulis Fatiya di Instagram Story

BERITA TRENDING: “Saya Pernah Keguguran… Maksudnya Bukan Tak Boleh Hamil!” - Uqasha Senrose Tidak Terkesan Dengan Sindiran Soal Zuriat

Sekitar Mac lalu, Uqasha didakwa sebagai pembuli ketika zaman sekolah oleh seorang individu di platform X.

Namun, individu tersebut dikhabarkan telah meninggal dunia baru-baru ini. Susulan daripada itu, seorang wanita tampil mendakwa dirinya sebagai teman individu berkenaan dan menuduh Uqasha sebagai punca kematian rakannya.

BERITA TRENDING: Netizen Puji Kejelitaan Adik Beradik Senrose-Manrose Pakai Baju Tradisional Thailand​