Hiburan

“Fattah Amin Belum Bersetuju Bercerai Secara Baik Atau Sebaliknya” - Peguam

gempak
Khairil Khusyairi
25/09/2024
03:47 MYT
Sponsor Banner
“Fattah Amin Belum Bersetuju Bercerai Secara Baik Atau Sebaliknya” - Peguam
Peguam syarie mewakili Fattah Amin, Zulkifli Che Yong memaklumkan, aktor itu masih belum bersetuju untuk melepaskan isterinya, aktres Nur Fazura.
Menurut Zulkifli, pihak Fattah dan Fazura akan membincangkan isu rumah tangga mereka secara baik dan sedaya upaya memuktamadkan beberapa terma.
Malah, Zulkifli turut menegaskan adalah tidak wajar untuk anak guamnya menyatakan sebarang fakta kerana akan memprejudiskan kes yang sedang berlangsung ketika ini.
“Ini adalah prosiding di mahkamah, jadi tidak wajar anak guam saya khususnya menyatakan apa fakta di sebaliknya kerana ini akan memprejudiskan kes.
“Saya ingin menjelaskan secara umum mengenai kenyataan yang sudah dikeluarkan kepada pihak kami dalam mahkamah sebentar tadi selepas ditanya oleh pihak mahkamah.

“Pihak defendan, iaitu Fattah setakat ini belum bersedia atau belum bersetuju untuk bercerai secara baik atau sebaliknya. Ini kerana, pihak-pihak dalam kes ini sedang cuba untuk memuktamadkan terma-terma bagi menyelesaikan isu.

“Adalah perlu untuk pihak-pihak menyelesaikan terma-terma berkenaan sekiranya mahu menyelesaikan perkara ini secara baik agar tidak dipanjangkan lagi apa-apa perkara yang belum selesai,” ujarnya kepada pemberita usai prosiding kes permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata, perbicaraan selanjutnya akan berlangsung pada 7 Oktober depan.
“Jadi, saya berdoa kepada agar kedua belah pihak dapat menyelesaikan secara baik dan terma persetujuan dapat dimuktamadkan.

“Sekiranya demikian, pihak defendan (Fattah) akan menyatakan pendirian pada tarikh akan datang, iaitu 7 Oktober mengenai pendiriannya untuk perceraian secara baik.

Aktor Fattah Amin mengakui masih berpegang kepada kenyataannya sebelum ini iaitu masih sayangkan isterinya, aktres Nur Fazura.
Terdahulu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

BERITA TRENDING: Tiada Lafaz Cerai Dibuat, Fattah Amin Tegaskan Masih Sayangkan Fazura - “Saya Ada Perasaan, Bukannya Robot”

BERITA TRENDING: Berjubah Putih, Fazura Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Permohonan Cerai - “Moga Dipermudahkan”

BERITA TRENDING: "Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

BERITA TRENDING: "Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024