Berita
Fazley Yaakob Turun Berat Badan 9 KG, Kongsi Gambar Transformasi Hasil Diet Keto, Kurus!
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dirinya mengalami penurunan berat badan sebanyak sembilan kilogram.
Menurut Fazley, penurunan berat badannya itu merupakan hasil yang diperoleh selepas menjalankan diet keto selama lebih sebulan lamanya.
"Akhirnya, giliran saya pula. 40 hari diet keto, saya mengalami penurunan berat badan sebanyak 9 kilogram secara keseluruhan.
"Ia merupakan satu perjalanan yang menakjubkan," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam posting tersebut, Fazley turut berkongsi gambar penampilan terbaharunya yang kelihatan lebih kurus selepas mengamalkan diet keto.
Menurutnya, biarpun cabaran selama 40 hari yang turut dilakukan bersama isteri dan anaknya itu sudah tamat, dia berhasrat untuk terus mengamalkan pemakanan secara sihat.
"Saya tetap akan sambung makan cara sihat supaya saya kekalkan badan macam ni, minda saya lebih fokus dan seluruh keluarga saya juga turut sihat Insya-Allah!
"Ramai juga nak tahu apa cara dan menu yang saya amalkan ye tak? Saya siap boleh makan aiskrim, makanan segera, malahan makanan pencuci mulut tau!" ujarnya.
Terdahulu, Fazley turut berkongsi pencapaian anak lelakinya, Fariedz yang berjaya turun 6 kg selepas mengamalkan diet yang sama.
Bahkan, cabaran diet tersebut turut disertai isterinya, Datin Azrene Ahmad yang mengalami penurunan berat badan sebanyak 12 kilogram.
Sebelum ini, pada awal bulan lalu, Fazley mendedahkan dirinya mahu menyahut cabaran diet keto selama 40 hari.
BACA: Dah Kurus Pun Nak Buat Diet Keto? Ini Jawapan Datuk Fazley Yang Turun 5kg Dalam Masa 2 Minggu
Diet keto merupakan sejenis diet yang mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat, namun tinggi pengambilan lemak.
Saksikan program yang menampilkan Fazley Yaakob di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video