HIBURAN
Fedtri Yahya Hantar Anak Sulung Masuk MRSM, Air Mata Iringi Perpisahan - "Sekarang Daddy Nangis Sebab Kakak Keluar Belajar"
Teruja namun bercampur sayu, itu situasi yang dilalui pengacara popular Fedtri Yahya yang menghantar anak perempuannya Indah Sutera Jannah mendaftar masuk di sebuah sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Ajak Anak Yatim & Tahfiz Terkinja Atas Pentas Lepas Berbuka, Fedtri Yahya Tegur Segelintir Penyanyi - “Aib, Jaga Reputasi Mereka..”
BERITA TRENDING: "Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi & Populariti" - Fedtri Yahya
Menerusi hantaran di Instagram, Fedtri dan anaknya dilihat sebak dan hampir mengalirkan air mata ketika berpisah."Selesai mendaftar hari ini. Selamat berjuang kakak di tempat impianmu.
"Kuatkan semangat. Doa kami sentiasa mengiringi perjuanganmu, Indah Sutera Jannah," kongsinya.
Dalam hantaran lain, Fedtri turut berkongsi luahan hibanya berpisah dengan anak perempuannya itu.
"Hmmm itulah putarannya. Dulu daddy susah nak pergi kerja sebab kakak menangis. Sekarang daddy pulak menangis sebab kakak keluar belajar…
"Insha Allah sekejap saja tu… pejam celik nanti dah SPM," tulisnya.

Terdahulu, Fedtri pernah berkongsi impian anak perempuannya itu untuk memasuki sekolah jenis berasrama penuh itu.
.jpg)
Untuk info, Indah Sutera Jannah merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.
Fedtri berkahwin dengan seorang guru, Nurul Anati pada Mei 2011.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 13, Ahmad Wildan Arjuna, 11, Indah Rauvda Inaara, 8, dan Ahmad Firaas Mevlana, 6.
Must-Watch Video