Hiburan

Fesyen Kaka Azraf Latari Muzik Video Terima Kasih

gempak
Ahmad Shah
28/07/2016
16:07 MYT
Sponsor Banner
Fesyen Kaka Azraf Latari Muzik Video Terima Kasih
Selepas Bukan Hal Aku meraih 5.5 juta tontontan di laman YouTube setahun lalu, penyanyi popular, Kaka Azraff, 27, bakal muncul dengan buah tangan terbaru berjudul Terima Kasih.
Penghasilan Terima Kasih juga sebagai tanda syukur selepas Bukan Hal Aku diterima peminat muzik tanah air.
Terima Kasih yang bersifat universal adalah hasil garapan penuh Muhammad Alif Abdullah dengan kolaborasi syarikat pengurusan artis, Uprising Entertainment Sdn. Bhd. bersama Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. (WMM).
Pembikinan video muziknya pula diarahkan pengarah terkenal Ghaz Abu Bakar bersama 15 tenaga produksi berlokasi di Studio Kok Ah Loke, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
Proses penggambaran bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir 3 pagi keesokan hari itu menampilkan konsep lebih segar dan moden bersesuaian dengan single ini.
Ghaz yang dipertanggungjawab untuk mengepalai projek ini menjelaskan, dia sengaja mengekalkan tiga konsep hampir sama dalam tiga video muzik Kaka selepas cadangannya dipersetujui penuh oleh Uprising dan Warner.
“Selepas Bukan Hal Aku, saya mahu ada kesinambungan untuk Terima Kasih dan kemungkinan seterusnya untuk single Kaka selepas ini dengan memaparkan imej lebih kurang sama dan berkonsep konsisten.
"Saya turut menampilkan Terima Kasih dalam versi minimalis di samping menerapkan teknik double exposure pada satu tahap lain bertujuan menyuntik impak lebih baik yang belum pernah disaksikan oleh penonton di Malaysia dalam video muzik tempatan,” ujarnya.
Sementara itu, Kaka tidak ketinggalan berkongsi keterujaan apabila berpeluang untuk terus bekerjasama dengan Ghaz yang disifatkan sebagai pengarah yang memahami cita rasa dan kehendaknya terutama dalam pembikinan video muzik.
“Dalam video muzik ini, saya ditampilkan dalam tiga imej berbeza. Pertama, saya muncul dalam stail edgy yang berlainan dengan sebenar saya. Kedua, fesyen lama yang digayakan semula dalam zaman ini. Dan terakhir, fesyen zon selesa yang merupakan gaya peribadi saya,” jelasnya.
Kaka juga berharap agar Terima Kasih juga bakal diterima dengan lapang dada oleh penikmat muzik tanah air.
Kepada peminat Kaka di luar sana, jangan lupa untuk menyaksikan video muzik Terima Kasih yang bakal dilancarkan secara eksklusif di laman YouTube Warner Music Malaysia pada 16 Ogos ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live