Laman Utama

Filem Seram KKN Di Desa Penari Viral, Watak Widya Cerita Pengalaman Dengan Ular

gempak
Maliah Surip
19/05/2022
13:45 MYT
Sponsor Banner
Filem Seram KKN Di Desa Penari Viral, Watak Widya Cerita Pengalaman Dengan Ular
Fillem KKN Di Desa Penari kini menjadi buah mulut dalam kalangan penggemar naskhah seram.
Filem tersebut saat ini juga menjadi filem seram paling laris di Indonesia, selain mendapat sambungan hangat di Malaysia dan Singapura.
Ramai yang tertarik dengan misteri di sebalik filem yang didakwa diangkat dari kisah benar sekumpulan mahasiswa yang perlu menghabiskan pengajian dengan melakukan kerja kursus di sebuah desa yang dirahsiakan di kawasan Jawa Barat.
Mereka yang terdiri daripada enam sahabat termasuk lelaki dan perempuan didakwa hanya berjaya pulang berempat selepas dua daripada mereka meninggal dunia.
Kisah KKN Di Desa Penari ini sudah menjadi tular terutama di Twitter beberapa tahun silam sebelum akhirnya divisualkan dan sekali lagi membuat heboh kerana kesan seram yang berjaya dibangkitkan pihak produksi, MD Pictures.
Salah satu watak yang menjadi buah mulut adalah peranan Widya yang dimainkan oleh pelakon Adinda Thomas.
Mengaku berasa sangat terbeban kerana membawakan watak Widya yang sudah terkenal dalam kalangan warganet, Adinda juga bercerita pengalamannya yang perlu berani ‘bermain’ dengan ular.
“Saya salah seorang warganet yang telah membaca thread yang dibuat mengenai KKN beberapa tahun lalu dan apabila dipanggil untuk ujibakat, kemudian diberi tanggungjawab membawa watak Widya, ia sangat membebankan.
“Meski demikian saya bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk membawa watak Widya kerana pada mulanya saya tidak tahu sama ada akan diberi watak ini atau menjadi Ayu yang dimainkan Tissa Biani,” kata Adinda dalam temubual bersama Kapanlagi.com.
Pelakon berusia 28 tahun itu melanjutkan, sokongan yang diberikan oleh semua kru dan rakan pelakon yang lain membuatkan dia berani ‘bermain’ dengan ular.
“Jujurnya, saya sangat takutkan ular, tapi dalam filem ini saya perlu berlakon bukan dengan seekor tapi lima ekor ular melilit saya.
“Dan semua adegan bersama ular itu dilakukan dengan asli, bukan rekaan atau menggunakan teknologi Computer Generated Imagery (CGI).
“Walaupun takut dan menjadi salah satu cabaran terbesar, namun sokongan daripada semua pihak babak tersebut berjaya dilaksanakan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live