Pengacara dan usahawan fesyen terkenal Neelofa meraih 8 juta pengikut di Instagram sekali gus menggungguli carta selebriti tempatan yang memiliki pengikut paling ramai di Malaysia.

Pencapaian angka 8,007,202 juta tersebut dilihat naik mendadak selepas pengacara program bual bicara Next To Neelofa itu mengumumkan dirinya berniqab pada Khamis lalu.

BACA: Neelofa Tampil Mengenakan Niqab - "Kirimkan Doa Buat Perjalanan Baharu Saya"

Hasil tinjauan Gempak hari ini, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Nor, 31, yang sebelum ini mencatat 7.8 juta pengikut di Instagram pada minggu lalu telah meningkat kepada angka 8 juta dalam masa tujuh hari.



Terdahulu, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi selebriti paling ramai pengikut namun terpaksa akur di kedudukan kedua dengan 7,942,992 juta pengikut.

Carta ini diikuti rapat dengan pelakon Zizan Razak yang mencatatkan 7.6 juta pengikut dan Nora Danish dengan 7.5 juta pengikut.