Laman Utama

#FOODIESLIFE: 3 Sebab Kenapa Tidak Digalakkan Makan Tembikai Pada Waktu Malam

gempak
Izwan Isa
12/09/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
#FOODIESLIFE: 3 Sebab Kenapa Tidak Digalakkan Makan Tembikai Pada Waktu Malam
Sungguhpun diberi jolokan sebagai buah yang sihat, namun sebaiknya, kita perlu mengelak menikmati tembikai pada waktu malam. Pakar pemakanan, Dr Shilpa Arora yang berasal dari India berkata, jika tembikai dimakan pada waktu yang salah, impaknya mampu menyebabkan beberapa gangguan kesihatan.
“Saya tidak menyarankan makan tembikai atau buah apa pun setelah pukul 7 malam. Tembikai bersifat sedikit asid dan jika dimakan pada malam hari, ia berupaya menunda proses pencernaan ketika tubuh tidak aktif," katanya kepaa Ndtv.
Lantas, apakah waktu terbaik untuk menikmati tembikai? Dr Arora menyarankan agar tembikai dimakan pada saat siang hari, sekitar pukul 12 tengah hari hingga 1 petang.
"Waktu terbaik untuk makan tembikai adalah pada siang hari, pada ketika sistem pencernaan sedang aktif," tambahnya.
Selain itu, berikut adalah beberapa sebab mengapa kita tidak digalakkan makan buah pada waktu malam.

1. Mencetuskan gangguan pencernaan

Tembikai tidak mesra penghadaman jika dimakan pada waktu malam. Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan sindrom irritable bowel dan masalah lain. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit perut pada keesokan harinya.
Gejala sakit perut boleh dialami kerana proses penghadaman cenderung lebih perlahan daripada biasa pada waktu malam. Jadi, makanan yang masam manis seperti tembikai perlu dielakkan bagi mengelakkan sakit perut. Satu lagi, kesan daripada tabiat mengambil tembikai pada waktu malam ialah ia boleh menyebabkan cirit-birit dan juga sembelit.

2. Kenaikan kadar gula darah

Tembikai mengandungi peratusan gula asli yang lebih tinggi berbanding buah lain. Kandungan gula ini berpotensi mengganggu kestabilan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes atau pun orang yang sihat. Selain itu, kandungan gula yang tinggi secara tidak langsung boleh mencetuskan penambahan berat badan jika diambil dalam kuantiti yang banyak pada waktu malam.

3. Mengganggu kualiti tidur

Hampir 95 peratus daripada tembikai adalah air. Apabila dimakan pada waktu malam, kesannya boleh menyebabkan seseorang mengalami kekerapan membuang air kecil, yang boleh menggangu kualiti tidur.
Sumber: Kompas
BACA: #FOODIESLIFE: Netizen Terkejut Peniaga Jual Telur Dadar Harga RM13
BACA: #FOODIESLIFE: Jangan Percaya Mitos Wanita Hamil Perlu Makan Untuk Dua Orang​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live