Laman Utama
#FOODIESLIFE: Cerita Di Sebalik Uniknya Pertehmina, Gerai Teh Ais Berkonsepkan Pam Minyak
Kisah penjual air teh yang menggunakan modul perniagaan persis stesen minyak semakin meraih perhatian.
Diberi nama Pertehmina, jenama unik itu dibangunkan oleh tiga anak muda Indonesia iaitu Rahadika Widya Nugraha bersama rakannya, Ardi Pramudito dan Gilang Andika.
BERITA TRENDING: #FOODIESLIFE: Diet Ekstrem Chris Pratt Melibatkan Minum Air Banyak, Ini Kata Pakar - “Punca Berlakunya…”
Dika berkata, dia dan dua rakannya memilih untuk berniaga minuman teh ais kerana keadaan cuaca di Indonesia yang semakin panas, selain minuman serupa yang sudah tidak elok dijual di gerai-gerai di kebanyakan tempat.Disebabkan itu, dia mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan menjual air teh ais dengan cara berbeza.
“Kami cuba jadikan ia seperti stesen minyak, kerana kami ingin memberikan pengalaman berbeza yang tidak pernah wujud sebelum ini. Maka lahirlah Pertehmina ini,” ujar Dika.
Weh ingat kenapa la dia pam minyak dalam plastik tu!
Rupanya dia jual Teh ???
Macam-macam ya idea diaorang ni. Nama stesen minyak Pertamina = Pertehmina haha pic.twitter.com/MZ2p8JKH6k— ?Arif E.? (@arfdy12) November 11, 2023
Dika menambah, sungguhpun model perniagaan berkonsepkan stesen minyak, namun pam yang digunakan serta peralatan lain yang digunakan menepati piawaian yang sesuai untuk penyediaan makanan.
“Konsepnya sahaja seperti pam minyak, tetapi peralatan seperti nozzle dan mesinnya itu menepati standard penyediaan makanan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dika turut bersyukur kerana produknya viral di platform TikTok sebelum dilancarkan secara rasmi.
“Kita terkejut kerana Pertehmina belum lagi dilancarkan pada ketika itu tetapi sudah meraih 18 juta tontonan di TikTok.
“Begitupun, hal ini menjadi cabaran buat kami kerana kami tidak mahu viral pada awal sahaja, tetapi macam mana kita boleh konsisten dari sudut konsep dan juga produknya,” katanya lagi.
BERITA TRENDING: #FOODIESLIFE: Netizen Terkejut Pelancong Indonesia Bayar RM15 Untuk Sepinggan Indomie Di Jalan Alor
Untuk rekod, terdapat jenama stesen minyak di Indonesia yang diberi nama sebagai Pertamina.Sumber: Kompas
Must-Watch Video