,
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Ibu Hamil Boleh Makan Udang? Ini Penjelasannya

Gempak
11/08/2024
13:55 MYT
Tahukah anda, ada beberapa makanan yang tidak selamat dimakan oleh ibu hamil. Bagaiman dengan udang? Adakah wanita yang sedang mengandung boleh menikmati makanan laut itu? Ini penjelasannya:
Makan udang masak Wanita yang sedang hamil boleh menikmati udang, asalkan mereka tidak mengalami alahan dan udang yang mereka makan dimasak dengan sempurna.
Memetik Healthline, kehamilan boleh merosakkan sistem imun, jadi apabila wanita hamil makan makanan laut yang kurang masak, mereka berisiko mendapat penyakit.

ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Kenapa ‘Clean Eating’ Tak Selalunya Bagus?

​ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Unik! Croissant Ketupat Ini Raih Perhatian Netizen

Bukan sahaja berbahaya untuk ibu, makan makanan laut mentah atau kurang masak juga boleh membahayakan janin yang dikandung.
Hadkan jumlah Makanan laut mengandungi jumlah merkuri yang berbeza-beza. Udang merupakan makanan laut yang mempunyai kadar merkuri yang rendah, jadi ia boleh dimakan oleh ibu hamil.
Namun, kerana ia masih mengandungi merkuri, penggunaan udang mesti kekal terhad. Wanita hamil hanya perlu mengambil kira-kira 8 hingga 12 auns udang seminggu.

​ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: 4 Kesan Buruk Jika Anak-Anak Suka Minum Minuman Manis

​ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Kurangkan Kesan Batuk Lepas Banyak Makan Limau

Hal ini kerana, merkuri dalam udang merupakan logam toksik yang boleh melintasi plasenta dan sampai ke janin.
Menurut Verywell Health, merkuri boleh menyebabkan kecacatan kongenital pada bayi seperti cerebral palsy, masalah ingatan, masalah kemahiran motor halus dan pemikiran kognitif.
Jadi, adalah penting untuk mengehadkan penggunaan udang untuk wanita hamil.
Sumber: Kompas
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

gempak
23/07/2024
14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: 4 Kesan Buruk Jika Anak-Anak Suka Minum Minuman Manis

gempak
18/02/2024
13:55 MYT
Jika tidak diatasi, masalah-masalah itu akan memberi impak negatif terhadap kesihatan anak-anak
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Kurangkan Kesan Batuk Lepas Banyak Makan Limau

gempak
16/02/2024
14:55 MYT
Sepanjang cuti Tahun Baharu Cina ini, sudah pastinya kita begitu teruja untuk menikmati buah limau mandarin
Terkini

#FOODIESLIFE: Lepas Kek Tapak Kuda, Kini Hadir Pula Kek Tapak Gajah? Netizen Cemas Pengguna Tak Hirau Kandungan Gula Dalam Makanan!

gempak
20/01/2024
08:55 MYT
Tular pula Kek Tapak Kuda yang saizkan berganda daripada saiz asal. Lebih menarik, pencuci mulut itu diberi gelaran Kek Tapak Gajah
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Betul Ke Kubis Goreng Sampai Hitam Boleh Sebabkan Kanser?

gempak
31/12/2023
11:55 MYT
Fakta mengenai makanan yang dibakar hingga hangit