Gaya Hidup

#FoodiesLife: Istimewa Untuk Peminat Tegar Seafood! Ini Senarai Vendor Yang Ada Di Fiesta Makan Hujung Minggu Ini…

gempak
Asyikin Mayudin
20/06/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
#FoodiesLife: Istimewa Untuk Peminat Tegar Seafood! Ini Senarai Vendor Yang Ada Di Fiesta Makan Hujung Minggu Ini…
Cuti hujung minggu ini tak tahu nak ke mana & tak tahu nak buat apa? Ha jom pergi Seafood Festival yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.
Festival yang dibawa khas oleh FriedChillies bersama Sunway Putra Mall sememangnya untuk seseorang pencinta makanan seafood!
Seafood Festival 2024 akan mengumpul restoran-restoran, chef-chef dan penggiat seafood yang paling hebat di bawah satu bumbung.
Dari oyster segar kepada sashimi yang gemuk-gemuk, dari fish and chips yang garing kepada ikan bakar yang menjilat jari, semua akan dijamu untuk peminat-peminat tegar makanan laut.
Menurut Mohd Adly Rizal, CEO FriedChillies dan Kaki Makan yang tersohor, festival itu mempunyai 15 vendors makanan untuk dirasai.
“Sudah jadi kebiasaan bagi kami mencari tempat-tempat yang tersembunyi dan juga yang dihebohkan oleh foodie-foodie tempatan. Mengumpul mereka semua untuk satu pesta dan berkongsi dengan semua kaki makan KL memberi kepuasan kepada kami.
“Memang masa sudah tiba untuk seafood menjadi tumpuan utama. Acara seafood ini adalah ‘mampu dibeli’ jadi harapan kami semua yang datang ke pesta ini boleh menikmati juadah-juadah yang dihidan- gkan oleh pakar-pakar seafood tanahair,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: #FoodiesLife: Ada 2,500 Seat! Selain Dapat Rasa Air Tangan Karl Shafek, Ini Sebab Anda Perlu Berbuka Puasa Di Maha Bufet 2024

ARTIKEL BERKAITAN: #FoodiesLife: Bawa Hidangan 'Bebek' Datang KL, Ini Tarikan Warung Eropa Di The Exchange TRX!

Semasa acara ini, 15 gerai akan berada di luar menghidangkan seafood extravaganza dan pengunjung boleh makan dalam ruang legar mall yang berhawa dingin dan disedikan khas.
Ada di antara vendor yang akan menyediakan ‘tasting menu’ supaya anda boleh rasa lebih banyak hidangan seafood dengan harga yang berbaloi.
Suasana pesta ini juga akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan makan Man vs Food, persembahan ‘live’ dan demo seafood chowder (dan cubaan rasa percuma) oleh Chef Bob Adnin selaku chef untuk Ombak Kitchen. Datanglah den-

Pakar-Pakar Seafood Yang Akan Ada

#1 Penang Oyster Park

Setelah 13 lebih tahun membuat kajian, POP akan bawa oyster lokal (diternak khas untuk air bersuhu tropika) untuk dinikmati bersama mussel tempatan. Pada hari-hari pesta anda boleh cuba oyster yang segar dan kerana ia datang dari Penang, harganya juga berpatutan! #sapotlokal.

#2 Kingu Kongu

Ini adalah Izakaya lokal yang menyediakan hidangan Jepun santai yang Halal. Bayangkan maki yang penuh dengan umami, tamago montel dan rice bowls yang enak. Cubalah pizza sashimi di pesta ini di mana sashimi yang tebal dihidangkan atas kulit wantan. Setiap kulit yang garing akan sarat dengan sashimi segar, sos bawang putih dan keju. Nom nom nom.

#3 MRos, Port Dickson

Pengusaha ladang udang ini akan datang dari PD dengan udang galah yang segar, terus dari ladang mereka. Udang galah ini akan dimasak dengan pasta dan juga digril jadi anda semua akan puas da- pat rasa udang masa pesta ini. Harga berbaloi! #sapotlokal.

#4 Ombak Kitchen

Bertempat di Bangar, mereka membuat hidangan seafood gerai cajun bersama tiga sos istimewa. Anda boleh cuba udang dan sotong bersama mentega lemon, sos cajun istimewa dan juga sos cili coklat. Mereka juga akan menyediakan ketam cili dan oyster bakar. Yum!

#5 Grill Haven

Bayangkan roti yang berinti ebi (udang gemuk) dalam sos berkrim. Pada hari pesta mereka akan menyediakan ebi haven dan ebi mentai. Sos mereka memang sesuai dengan rasa udang. Inti dimasukkan dalam roll yang disapu mentega dan dibakar bersama paprika dan daun bawang. Oishi!

#6 Ikan Bakar Bellamy

Ini nama otai dalam arena ikan bakar. Peminat-peminat ikan bakar tanahair memang suka akan rempah ratus yang digunakan dan juga kemahiran membakar. Mesti cuba ikan pari bakar dan juga sotong bakar.

#7 Crispy Chippy

Teringin fish and chips? Tempat ini menyedikan fish and chips dari ikan perch dengan adunan bat- ter yang ringan dan rangup. Kami suka mushy peas di sini- memang secocok dengan fish and chips. Mereka juga akan buat kombo Perch vs Dory khas untuk acara ini.

#8 Cwtch Fish and Chips

Walaupun bertempat di kiosk tapi kualiti masakan di sini setanding dengan restoran. Menu mer- aka ringkas supaya anda boleh betul-betul fokus kepada apa yang best: Ikan yang digoreng sem- purna dalam adunan rangup. Untuk pesta ini, mereka akan fokus pada Perch Fish and Chips yang dihidangkan dengan chips yang fluffy dan juga sos tartare yang lemak. Mereka juga telah bergand- ing dengan Chef Fazley Yaakub untuk menghasilkan sos lemak cili api yang memang layan dengan fish and chips mereka.

#9 Top Catch

Tempat artisan ini mendapatkan seafood yang paling segar dari pengusaha makanan laut dan membuat hidangan-hidangan yang sedap seperti fish and chips, oyster goreng dan juga sashimi bowls. Hidangan power di sini adalah oyster goreng yang juicy and ikan shamo! Kalau anda pemi- nat sashimi nantilah sashimi mereka yang tebal dan segar masa pesta nanti, semua pada harga promosi. Hanya di #SeaFF2024

#10 Bolok Troops

Ini masakan seafood ala Thai. Mesti cuba sotong bakar. Meraka akan membawa hidangan baru ke pesta ini iaitu kerabu maggi oyster dan juga kerabu maggi sotong. Kalau anda suka sefood yang pedas-pedas masam mereka ada sos ikan thai yang digandingkan dengan seafood. Mantap!

#11 Sushika

Maki mereka memang digemari ramai dan selalu dicari di pesta-pesta makanan. Jangan lupa un- tuk cuba Prawn Tempura Maki- udang crispy dalam nasi sushi dan juga Unagi Maki- unagi yang bersos pekat dalam seaweed roll. Banyak lagi maki yang boleh dinikmati jadi datanglah beramai- ramai.
FriedChillies adalah syarikat food media yang mengetengahkan tempat makan best kepada orang ramai sejak tahun 1997.
Merekalah kru disebalik pesta-pesta makan ikonik seperti I Eat Nasi Lemak, I Eat Burgers, Ayam Lejen dan FriedChillies Makan Best Series.
Setiap acara dirancang dan vendor dipilih dengan teliti. Ini bermakna hanya yang terbaik akan dikumpul dibawah satu bumbung untuk dinikmati oleh semua warga Malaysia.
FriedChillies juga ada resipi-resipi, rancangan bertemakan makanan dan juga projek konservasi kuih bernama Projek KWIH yang dijalankan bersama Yayasan Hasanah. Layari web kami www.friedchillies.com atau ikuti kami di FB dan IG @friedchillies.
Sunway Putra Mall yang berlokasi di tengah ibukota, senang dikunjungi melalui LRT, KTM dan servis e-hailing.

ARTIKEL BERKAITAN: #FoodiesLife: Craving Nasi Kandar? Ini Sebab Warga Kota KL Perlu Singgah Di 'Nasi Kandaq Fest' Hujung Minggu Ni

ARTIKEL BERKAITAN: #FoodiesLife: Layan Pantai Timur Food Festival Di Putrajaya Oktober Nanti, Ada 100 Gerai Makanan!
ARTIKEL BERKAITAN: "Tangan Melekit, Halangan Terlerai" - Durian Bukti Simbol Perpaduan Rakyat Malaysia! #FoodiesLife

ARTIKEL BERKAITAN: "Kita Ni Lelaki Bro, Bahagiakan Wanita Yang Dicintai" - Yayan Ruhian Titip Nasihat Buat Beto Kusyairy, Bergasak Semata-Mata ...

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live