Laman Utama
[FOTO] Anna Jobling Antara 100 Wanita Tercantik Di Dunia!
Pelakon cantik Anna Jobling tidak menyangka namanya antara yang tersenarai sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler.
Pencalonan itu sekali gus menjadikan dramatis itu sebagai calon tunggal dari Malaysia untuk kempen tahunan tersebut.
Ujar Anna, pengiktirafan peringkat dunia yang diberikan kepadanya itu memang satu perkara yang cukup menakjubkan lebih-lebih lagi apabila namanya berada sebaris dengan para jelitawan lain dari seluruh dunia.
Advertisement
"Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dicalonkan dalam kategori ini. Memang saya terkejut dan tidak menyangka apabila diiktiraf salah seorang daripada 100 calon yang memiliki wajah jelita di seluruh dunia.
"Terima kasih sangat-sangat," ujarnya.
Takrif cantik Anna Jobling
Ujar pemilik nama lengkap Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu lagi, dia mempunyai takrifan sendiri tentang kecantikan dimana menurutnya, kecantikan dalaman adalah lebih penting berbanding kecantikan luaran.
"Kedengaran sangat klise apabila seseorang mengatakan kecantikan luaran itu lebih penting. Namun hakikatnya cantik itu subjektif.
"Kalau seseorang itu mempunyai sikap terpuji, baik maka secara automatiknya akan menjadikan seseorang itu cantik luar dan dalam.
"Tidak kisah bagaimana rupa paras seseorang, tapi kalau sayangkan diri dan yakin, maka secara langsung dirinya akan cantik segala-galanya," ujar Anna.
Selain Anna, turut tersenarai adalah anggota Blackpink iaitu Jisoo dari Korea Selatan, Ylona Garcia (Filipina), Camilla Belle (Amerika Syarikat), Kiko Chan (Vietnam) dan Momona Ramada (Jepun).
Tahun lalu, salah seorang anggota Dolla iaitu Tabby menjadi satu-satunya artis wanita tempatan tersenarai dalam kategori tersebut.
Senarai tahunan 100 Wajah Tercantik itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics. Penganjurannya diiktiraf antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.
Must-Watch Video