Pelakon Shah Iskandar terpaksa menutup ruangan komen hantaran Instagram selepas menerima pelbagai komen nakal dari peminatnya.

Shah pada Isnin telah memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya lengkap berpakaian sukan.

Bagaimanapun, seluar ketat dan kapsyen 'test market' yang ditulis lebih mencuri tumpuan peminatnya.

"Test market 'onlyfans'! Ok, on a serious note, running is actually the best exercise for all ages," tulisnya.



OnlyFans merupakan platform media sosial berbayar yang mana penggunanya boleh menjual kandungan foto dan video kepada pelanggan.

"Sendat, ketat, melekat.

"Kau letak botol deodorant kan kan kan?

"Wow apa yang menonjol tu?

"Mak aii. Kemain lagi kau kan. Lawa lah tu rupa dia! Tempeleng kang baru tahu.

"Macam mana nak tekan dislike ni ek," demikian antara komen yang ditulis di ruang foto berkenaan.



Terdahulu, Shah berkongsi fotonya berseluar pendek celoreng yang dirakamkan di halaman kediamannya. Foto terbabit turut mendapat komen-komen nakal dari peminatnya.

Untuk rekod, Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah Mohd Noor di Singapura pada 2016.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Yusuf Zulkarnaen yang berusia 7 bulan.