Pelakon, Amir Ahnaf mempunyai sebab tersendiri menerima tawaran untuk berlakon sebagai Tam dalam drama siri premium e-sukan Astro Originals, Gamers Mangkuk.

Menurut Amir, jalan cerita dan naskhah itu sendiri telah menarik minatnya untuk merialisasikan impian menjadi seorang gamers.

“Saya ambil watak ni sebabnya nashkah ini jarang ada dekat Malaysia iaitu berkenaan dengan e-games.

“Saya sangat teruja sebab dulu orang selalu sekat saya untuk bermimpi, saya boleh bagi anda berimaginasi sama ada ada atau tidak dalam diri anda itu hasrat untuk menjadi pro gamers.

“Sebenarnya semua orang ada sisi yang mereka suka untuk bermain game cuma perasan atau tidak sahaja,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Amir mendedahkan dirinya pernah mengambil jurusan berkaitan dengan e-games ketika belajar sebelum ini.

“Saya ambil jurusan game itu pada usia 18, 19 dan 20 tahun, kemudiannya saya berlakon untuk drama ini pada umur 22 tahun.

“Jadi bila dah lama berhenti dan masuk balik ke dunia game saya memang rasa teruja. Selepas saya dapat skrip, saya baca dan terus cakap saya perlu download Mobile Legend sekarang.

“Kemudian saya belajar tentang semua hero dan juga cara permainan itu sendiri. Sangat menyeronokkan.

“Pada ketika itulah baru saya tahu Mobile Legend ini sebenarnya game yang sangat best cuma orang sahaja yang pandang enteng,” jelasnya.

PILIHAN PEMBACA: Gamers Mangkuk: Ramai Suka Watak Crack Along! - “Terpaling Sulung Perangai, Apa Lawak Sangat Ni”

Jangan lupa saksikan episod akhir Gamers Mangkuk pada Jumaat, jam 9 malam, di slot Astro Originals, menerusi Astro Premiere (Saluran 410).

Anda juga boleh menyaksikan secara awal bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.

Gamers Mangkuk ditaja oleh MOONTON Games, Mobile Legends: Bang Bang dan Mobile Legends: Bang Bang Professional League.