Laman Utama
Ganti Tempat Shuib, Mark Adam Jadi Penyampai Radio - "Saya Berjanji Untuk Melakukan Yang Terbaik ..."
Penyanyi dan pelakon, Mark Adam, 42, mengumumkan berita gembira apabila dia kini bergelar penyampai radio baharu bagi segmen Geng Pagi Hot (GPH) bermula hari ini.
Menurut Mark Adam atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah, dia bersyukur atas rezeki yang diberikan sekaligus memberi peluang untuk dirinya melebarkan sayap dalam industri seni.
"Bismillahirrahmanirrah! Assalamualaikum semua.
"Syukur Alhamdulillah dengan peluang dan rezeki yang diberikan, dalam kerjaya ini saya tau betapa besarnya tanggungjawab, saya berjanji untuk melakukan yang terbaik setiap hari untuk semua, Insyaallah," kongsinya di Instagram (IG) sebentar tadi.
Pelantun lagu Marry Me ini turut menulis 'Announcer Hot FM' di bahagian profil IGnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
"@aliffarhan_jr: Tahniah.
"@jaynazif_official: Waalaikumussalam Abang Marky. Semoga dipermudahkan urusan sebagai penyampai radio di Hotfm.
"@jimixyz123: Alhamdulillah terbaik bro!!!
"@rossalinda82: Wah.. Mesti lebih hangat daripada biasa ni. Tahniah Mark!
"@esya_fariesya: Waalaikumusalam. Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan semua urusan Mark Adam selalu. Amin.. Tahniah dan semoga berjaya," antara komen-komen ditulis.
Mark bergandingan bersama Fizie selepas Shuib membuat keputusan untuk berehat dari dunia seni manakala Syuk Sahar pula digantung tugas sejak 25 Januari lalu susulan kontroversi rumah tangga.
Must-Watch Video