Berita

Gara-Gara Elak Babi Melintas, Dua Kanak-Kanak Nyaris Maut Kereta Dipandu Bapa Terbabas

gempak
Ernalisa
26/11/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Elak Babi Melintas, Dua Kanak-Kanak Nyaris Maut Kereta Dipandu Bapa Terbabas
Dua kanak-kanak nyaris maut selepas kereta dipandu bapa mereka terbabas gara-gara mengelak babi hutan melintas di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Rembia di sini, pada malam Isnin.

BERITA BERKAITAN: Wajah Anak Disamakan Dengan B*bi, Syifa Melvin Naik Hantu! - “Bab Keluarga Kau Jangan Sentuh!”

​BERITA BERKAITAN: ‘No Pork, No Alcohol’ Belum Tentu Halal

​BERITA BERKAITAN: Ambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Hukumnya Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idrus

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu menyebabkan kanak-kanak berusia dua tahun cedera manakala abangnya berusia empat tahun bengkak di kepala.
Menurutnya, turut tercedera bapa mereka berusia 28 tahun dan seorang penumpang wanita berusia 38 tahun dipercayai mengalami patah tulang pinggul dan tengkuk.
Katanya, ketika kejadian kesemua mereka yang menaiki kereta jenis Nissan Almeera dalam perjalanan dari arah Rembia ke Paya Rumput untuk menghantar wanita itu pulang ke rumah.

"Namun setiba di lokasi, pemandu dipercayai hilang kawalan ketika cuba mengelak babi melintas di lorong kanan jalan.

"Akibatnya kenderaan terbabit terbabas ke lorong kiri jalan sebelum terjatuh ke dalam cerun menyebabkan pemandu cedera di bahu," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Jelasnya, kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024