Viral

Gara-Gara Sandwic Tuna, Wanita Diusir Daripada Pesawat

gempak
Asyraf Roslan
19/11/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Sandwic Tuna, Wanita Diusir Daripada Pesawat
Seorang wanita warga emas diusir dari pesawat hanya kerana enggan membayar sandwinc tuna yang telah dipesannya.
Wanita yang dikenali sebagai Lily Ifield,79, difahamkan sedang membuat perjalanan dari Essex ke Bodrum, Turki bersama anak perempuannya.
Semasa di dalam pesawat dia telah membuat pesanan sandwic tuna kepada krew kabin yang bertugas.
Namun selepas menerima sandwic tersebut dia tidak mahu membuat bayaran sebanyak £9 (RM52) kerana mendakwa makanan itu masih beku dan lembik.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Bebe Rexha Menangis Teresak-Esak, Tidak Dibenarkan Menaiki Pesawat Akibat Bercakap Bahasa Albania

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Tipu Sakit Terkejut Jumpa Majikan Dalam Pesawat

ARTIKEL BERKAITAN: Lapangan Terbang Di New Zealand Hadkan Masa Berpeluk Kepada 3 Minit

ARTIKEL BERKAITAN: KULinary Award Iktiraf Operator F&B Di Lapangan Terbang, Petit Cafe Chef Wan Dinobat Outlet Terbaik

Insiden itu telah menyebabkan pertengkaran antara Ifield dan krew kabin apabila mereka mendesak dia untuk membuat bayaran kerana sandwic itu sudah dibuka bungkusannya.
Ifield tetap mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa makanan itu boleh menyebabkan beliau jatuh sakit.
Apabila pesawat mendarat di Bodrum, Turki, Ifield dan anak perempuannya diiring keluar dari pesawat oleh polis bersenjata.
Syarikat penerbangan telah menuduh mereka terlibat dalam “tingkah laku mengganggu” yang boleh menjejaskan keselamatan penerbangan.
Ifield, bagaimanapun, menafikan dakwaan itu dan menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sangat memalukan. Beliau mendakwa dilayan seperti “penjenayah besar” dan insiden tersebut telah merosakkan percutian mereka.
Akibat insiden ini, Ifield diberi amaran bahawa beliau mungkin akan disenarai hitamkan daripada semua penerbangan UK pada masa hadapan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024