Sebenarnya aku masih rasa tak percaya dengan kisah yang aku nak tulis ini memandangkan aku sendiri pun baru dapat tahu semalam.
Kisahnya semalam aku dengan housemate baru balik beli barang, tiba-tiba si housemate ni ajaklah berjalan sampai ke hujung kawasan rumah ni saja nak ambil angin.
Aku pun ikut saja, kebetulan memang tengah takda apa nak buat, barang beli pun takda lah banyak sangat, so, jalan-jalanlah sampai ke rumah hujung.
Masa aku sedang jalan ke hujung, aku dah perasan satu rumah ni ada tulis 'untuk dijual' tetapi aku buat-buat tak nampak jelah. Kemudian, masa nak masuk rumah kami, housemate aku pun cakap, "oh rumah tu memang nak jual rupanya, patutlah dah lama senyap kosong je,".
Aku dah mula sangsi, aku tak rasa rumah tu kosong seperti yang housemate aku cakap, sebab kerap je aku nampak ada orang dekat rumah tu, betul aku pasti!
Kalau tak silap aku lah, baru juga lagi aku nampak ada orang berkeliaran dalam rumah tu, macam dalam rumah sendiri pergerakannya, dan pada masa yang sama, housemate aku pula kata dah lama dia nampak rumah tu kosong saja tak ada orang.
So? Mana satu ni? Aku agak tak puas hati kenapa aku yang asyik nampak ada orang kat situ? Tapi aku baru ingat juga, selama aku nampak ada orang tu, aku tak pernah nampak rupa jelas diorang.
Berdasarkan keadaan depan rumah tu, boleh jadi rumah tu macam dah lama kena tinggal, tapi aku cuba bersangka baik, mungkin ada orang tinggal lagi sementara belum ada pembeli. Cuma yang mencurigakan, housemate aku dah lama tak nampak orang di situ!
Aku tenang-tenang saja, malas nak fikir! Boleh jadi semua ni kebetulan dan silap sangka kan?
Apapun, kita kena ingat, kita hidup di bumi Allah bukan ada manusia, haiwan dan benda-benda yang kita nampak dengan mata kasar saja! Cuma kita tak tahu dimana mereka berada!
Korang jangan lupa nak tidur malam ni, basuh kaki dan baca doa okay!
Kredit Foto : Tribunnewsmaker.com
Asraf Aided
Thu Feb 25 2021
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Caprice dedah Aliff buat laporan polis berhubung kecurangan isterinya.
Guna Banyak Singkatan Perkataan Pelik, 'Kod' Mesej 'MUSM' Aliff Aziz Kepada Ruhainies Trending Di X
Penggunaan singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik hangat di aplikasi X, semalam. Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies. Singkatan-singkatan tersebut adalah antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsAp
“Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kecewa dan sedikit terkejut apabila melihat tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh satu individu baru-baru ini.
Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Banyak Sarah 'spill the tea' fasal Aliff Aziz.
Nama Dipetik Isu Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Pertahankan Diri - “Siapa Yang Terlibat Dalam Cerita Ini, Semua Bod*h!”
Isteri Caprice berang nama dipetik isu Aliff Aziz.
Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki Didakwa Caprice?
Panas! Lagi pendedahan Sarah.