Laman Utama
#GempakKeliwon: Kawan yang tak diundang? | Bahagian 1
Bahagian 1
Jam tepat menunjukkan pukul 7 malam. Suasana di sekeliling makin malap dan angin makin bertiup sayup. Azri semakin resah menunggu kelibat Azreen yang masih lagi tidak kelihatan. "Haih! Penat dah aku tunggu ni. Rokok pun dah nak habis. Mana lah minah ni!" bebel Azri keseorangan sambil memadamkan api rokoknya yang ketiga.
30 minit telah berlalu dan akhirnya Azreen muncul dengan keadaan paras rupa yang agak kusam dan terlihat kurang ceria daripada selalu.
"Are you ok babe? Kenapa nampak pucat semacam je ni?" tanya Azri.
'I'm ok. Just feeling tired and not feeling well. Kita nak makan dekat mana ni?' tanya Azreen dengan nada yang agak 'moody'.
"Kita makan tempat biasa lah. Makan masakan panas. Bagi you selera makan banyak sikit," pujuk Azri.
"Okay...' balas Azreen sambil membuka pintu kereta dan masuk ke dalam.
Kebiasaannya, mereka akan menaiki motosikal untuk ke mana sahaja. Cuma hari ini, secara kebetulan, Azri memandu ke office.
Mereka pun memulakan perjalanan menuju kedai makan yang terletak berhampiran hujung pekan.
Suasana di dalam kereta seperti di dalam perpustakaan. Sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi tayar yang sedang bergolek dan deruan enjin yang menemani mereka di dalam kereta.
"Hmm. Sunyi betul hari ni. Lain macam pulak aku tengok dia. Ok ke tak eh? Hmm." Azri mengomel keseorangan.
"Buka radio lah layan lagu. Kalau terus macam ni, mau tertidur aku dibuatnya. Jalan pun sunyi semacam pulak waktu ni." - Tambah Azri.
Azri terus menghidupkan radio dan memilih koleksi lagu-lagu indie yang telah di 'favourite' untuk dimainkan di radio.
Jalan menuju ke pekan waktu itu agak sunyi dan tidak banyak kenderaan yang berselisih mahupun berada di depan atau belakang mereka sambil keadaan di luar yang makin gelap.
Tiba-tiba, Azreen menurunkan tingkap dan meminta Azri untuk memperlahankan kereta.
"You. Slow slow! Kenapa dia jalan kaki sorang-sorang dekat sini? Gaduh lagi ke dengan boyfriend dia?" kata Azreen.
Azri tersentak dengan permintaan Azreen."Huh? I tak nampak ada orang pun?! You jangan main-main. Tak kelakar ok waktu maghrib nak buat prank macam ni!' Tegur Azri.
"Apa pulak I prank. Benda tu haa. Kawan I dekat depan tu. Jalan kaki sorang-sorang tepi jalan. You tak nampak ke? Dah kenapa! Rabun?" Marah Azreen."I yang rabun ke, mata you yang tak sihat? Memang tak ada orang dekat sini," balas Azri. "Dah! Dah! Main-main waktu maghrib. Orang tua-tua dah pesan, mulut jangan celupar waktu ni. You jangan merepek lah," tegur Azri lagi dengan nada yang agak serius.
Azreen tetap dengan pendiriannya dan terus memaksa Azri untuk memberhentikan kenderaan supaya dia dapat menegur kawannya itu.
Kawannya itu kelihatan sangat titidak terurus, berjalan seorang diri dan terhuyung-hayang ibarat tiada tempat untuk dituju. Rambutnya kusut masai, bajunya berkedut teruk dan seluarnya kotor diselaputi lumpur.
"Kalau you tak percaya, itu masalah you! I tahu apa yang I nampak! I cukup sihat untuk kenal kawan I ataupun bukan! You berhenti sekarang! Turunkan I. Biar I jalan kaki dengan kawan I," sambil memukul-mukul tangan Azri untuk berhenti!
"Ya Allah! Kan I dah cakap tak ada siapa dekat sini! I tak nampak susuk tubuh manusia pun apatah lagi kawan you depan tu! You memang tak ok ni! Dah lah. Jom I bawak you ke klinik terus," pujuk Azri supaya Azreen bersetuju untuk ke klinik.
Azreen kali ini dengan nada yang lebih garau dan muka yang lebih bengis, menjerit supaya Azri memberhentikan kereta."Kau berhentikan kereta ni sekarang! Aku CAKAP BERHENTI! BERHENTI LAH. KENAPA KAU SUSAH NAK DENGAR APA YANG AKU CAKAP? NAK AKU ULANG BERAPA KALI BIAR KAU TAHU? APA MASALAH KAU NI HA?! DEGIL NAK MAMPUS!"
Azri tersentak dengan tingkah laku Azreen dan terus memberhentikan kereta di bahu jalan.
Bersambung .....
Nantikan Bahagian 2 esok, pukul 9 Malam di www.gempak.com!
Layan cerita hantu yang lain:
1. #GempakKeliwon: "Mak, Ada Benda Ikut Abang Balik Dari Pantai..."
2. #GempakKeliwon: Dengar Suara Bayi Menangis Depan Pintu Tengah Malam, Ingatkan Kucing!
3. #GempakKeliwon: Jumpa Gumpalan Rambut Dalam Makanan, Nampak Kelibat Sana Sini! Rupa-Rupanya...
4. #GempakKeliwon: Gelak Tak Ingat Dunia Jumpa Kawan, Masuk Toilet Dengar Suara Mengilai
5. #GempakKeliwon: “Siapa Suruh Kau Tendang Buai Tu!!!”
Must-Watch Video