,
Laman Utama

#GempakSpot: Adik-Adik Yang Nak Jadi Content Creator, Hadam Ucapan Padu Khairul Aming Ini: “Habiskan Pembelajaran…”

Maliah Surip
28/08/2023
06:45 MYT
TikTok Awards Malaysia yang julung kali diadakan melabuhkan tirai dengan kemenangan yang dinobatkan kepada barisan Influencer atau pempngaruh yang dinilai berkualiti dan mempunyai kredibiliti untuk bergelar yang terbaik.
BACA: Khairul Aming Dinobat Sebagai Creator Of The Year Di TikTok Awards Malaysia 2023
Dalam semua ketegori yang dipertandingkan, kemenangan Khairul Aming sebagai Creator of The Year adalah sebuah pengiktirafan yang sangat sesuai disandang oleh pempengaruh berusia 33 tahun itu.
Pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu malah membuat pengiktirafan tersebut lebih bermakna dan signifikan sebagai label Creator of The Year apabila memberi ucapan yang belum pernah dititipkan dengan berani — secara langsung di sebuah anuugerah yang biasanya dipandang sebagai salah satu bentuk hiburan picisan.
“Saya ambil kesempatan ini untuk bagi pesanan kepada adik-adik yang bersekolah, habiskan pembelajaran.
“Walaupun awak nak jadi content creator kena ingat, jadi content creator bukan sekadar untuk viral, okay untuk relevan lama dalam industri awak perlukan banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense.
“Jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis contect creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita Malaysia,” kata Khairul Aming yang menerima tepukan gemuruh tetamu pada majlis yang berlangsung malam tadi.
Sesungguhnya pesanan yang diberikan Khairul Aming atau disapa KA ini adalah sebuah titipan yang sangat perlu diambil dan dihadam oleh semua individu yang punya impian menjadi pempengaruh atau content creator.
Tidak ada satu pun pesanan yang diberikan KA berbaur angkuh. Tidak ada satu pun pesanan yang dititipkan cuba menjatuhkan movitasi para content creator lainnya.
Dan itu (pesanan) adalah kata-kata orang berilmu demi sayangkan industri pekerjaan yang dilihat remeh tetapi sebenarnya memainkan pengaruh yang cukup besar dalam kehidupan sekarang.
Malah ucapan KA dipersetujui oleh semua yang mendengar. Ucapan seperti inilah yang diperlukan meski berhidup dalam konteks hiburan tetapi ilmu tidak pernah ditinggalkan.
Buat adik-adik sekalian, hadamlah pesanan KA yang ironi mempunyai hanya satu produk (Sambal Nyet) sepanjang lapan tahun menjadi content creator (tanpa mengambil kesempatan membuat reviu merapu, kolaborasi tidak mencerminkan jenamanya) tetapi berjaya mengumpul sekitar 3.7 juta pengikut secara organik dan diyakini akan terus bertambah kerana integritinya sebagai Creator of The Year.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Terkini

Isu Pembatalan Konsert, Tomok Nasihat - “Kena Tahu Latar Belakang & Pengalaman Pihak Penganjur”

gempak
13/11/2024
13:17 MYT
Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz, Tomok, 40, menasihatkan setiap penyanyi yang ingin mengadakan konsert harus tahu tentang latar belakang pihak penganjur.
Hiburan

Dengar Nasihat Peguam, Adam Shahz Takkan Kongsi Mengenai Hak Penjagaan Anak Di Media Sosial Lagi – “Bila Sekali Tersiar Susah Sangat Nak Hapuskan”

gempak
09/11/2024
04:50 MYT
Pelakon Adam Shahz menegaskan dia enggan lagi membuat sebarang hantaran mengenai hak penjagaan penuh anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 9, di media sosial.
Hiburan

Fatin Afeefa Hantar Anak Masuk Sekolah Tahfiz, Menangis Dengar Adam Baca Lafaz Janji Hafaz Al-Quran

gempak
05/11/2024
20:55 MYT
Pelakon, Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak selepas menghantar anak sulungnya, Adam Aisy Arrian menyambung pengajian ke sekolah tahfiz.
Unitar