Tahun 2021 tidak kering dengan bakat-bakat muda yang kacak dan berbakat.

Meskipun negara dilanda lockdown ekoran pandemik COVID-19, tahun ini juga membuka jalan buat lima pemuda ini terus dikenali dan cemerlang menempa nama bergelar anak seni.

Gempak senaraikan lima orang ‘pucuk muda’ yang sangat bertuah, berjaya mengukuhkan jenama di dalam bidang lapangan masing-masing.

1. Nadhir Nasar



Nama jejaka berusia 25 tahun ini antara yang menjadi sorotan tahun ini. Pernah diangkat menjadi penghias muka depan bagi G The Untold Story sebagai ‘masa depan industri seni’, Nadhir Nasar dianggap pelapis bagi generasi Bront Palarae dan Beto Kusyairy.

Selari dengan wajah kacak ala-ala ‘bad boy’, Hero Remaja tahun 2019/2020 ini laris dengan karya-karya yang berkualiti, meninggalkan tahun 2021 dengan lakonan yang cukup berkesan.

Projek Anchor SPM, I-Tanggang: Mother of All Lies antara naskah hebat yang mengangkat nama Ahmad Nadhir Ahmad Nasar menjadi antara yang menyerlah tahun ini. Selamat maju jaya buat Nadhir.

BACA: #G The Untold Story: Jadi Talk of The Town, Ramai Yang Fetish Nadhir Nasar; "Saya Okay Tapi Perlu …"

2. Nabil Aqil



Meskipun jejaka ini menjadi penerima Hero Favorite, Hero Remaja tahun 2017, tahun 2021 ibarat tuah buat Nabil Aqil apabila acap kali wajahnya menghiasi kaca TV.

Baru berusia 23 tahun, pemilik nama lengkap Muhammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin ini cemerlang dengan beberapa drama bersiri tempatan popular seperti The Maid, Hati Yang Dikhianati, The Hotel, Marry Me Senorita dan banyak lagi.

Berbekalkan wajah tampan dan tinggi lampai, Gempak meramalkan tahun 2022 akan menjadi tahun yang makin bersinar buat Nabil.

BACA: Tak Pernah Cemburu Dengan Adik, Nabil Aqil Mahu Imran Aqil Lebih Berjaya

3. Noki K-Clique



Mungkin tahun-tahun terdahulu nama rakan baiknya MK dan Tuju sering menjadi sebutan, namun tahun 2021 melihat seorang lagi anggota kumpulan K-Clique, Ikhwan Lee atau lebih mesra disapa sebagai Noki mengorak langkah dengan karier solo.

Berasal dari Kota Kinabalu Sabah, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 27, meluaskan sayap nyanyiannya apabila menyandang gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke-35 menerusi lagu Gila bersama Kaka Azraff dan Loca B.

Tidak hanya menyanyi, tahun 2021 juga membuka jalan buat Noki bergelar pelakon. Penyanyi rap ini bakal muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul Cincin Pusaka yang baru sahaja bersiaran.

4. Meerqeen



Nama seorang lagi jejaka kelahiran program realiti Hero Remaja 2020 ini antara yang disebut-sebut pada tahun 2021. Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 20, boleh dikatakan mempunyai pakej komersial yang lengkap untuk bergelar seorang aktor dan model.

Langkah anak kelahiran Ampang ini tidak terhenti setakat dalam drama atau majalah, tahun 2021 menyaksikan Meerqeen mencuba nasib mengeluarkan single nyanyian berjudul Menunggu.

Naskah demi naskah lakonannya juga ibarat ‘spotlight’ yang menyinari anak muda berusia 20 tahun ini antaranya Marry Me Senorita dan filem Frontliner.

BACA: “Sebelum Masuk Hero Remaja Lagi..” - Meerqeen Rupanya Dah Lama Pendam Cita-Cita Nak Jadi Penyanyi?

5. Imran Aqil



Adik kepada aktor Nabil Aqil ini merupakan finalis bagi Hero Remaja 2019/2020 dan turut menyandang gelaran Hero Inspirasi.

Berbeza dengan rakan taulannya yang lain, tahun 2021 mengemudi kerjaya Imran untuk bergelar seorang penyampai radio di sebuah radio swasta popular tanah air.

Berusia 22 tahun, wajah Imran juga menjadi igauan gadis remaja menerusi lakonannya di dalam drama bersiri Budak Tebing 2. Nama Imran juga tidak terlepas dengan beberapa kontroversi yang menimpa dirinya melibatkan bekas kekasihnya yang kini bergelar isteri kepada penyanyi Yonnyboii.