Laman Utama

#G The Untold Story: Jadi Talk of The Town, Ramai Yang Fetish Nadhir Nasar; "Saya Okay Tapi Perlu …"

gempak
Azwa Rahman
07/11/2021
01:45 MYT
Sponsor Banner
#G The Untold Story: Jadi Talk of The Town, Ramai Yang Fetish Nadhir Nasar; "Saya Okay Tapi Perlu …"
Baru berusia setahun jagung dalam industri seni tanah air, jejaka kelahiran California Selatan, Amerika Syarikat ini mempunyai ‘suara’ yang cukup besar dalam melebarkan kedudukannya.
Selepas satu demi satu naskhah drama yang diterajuinya menjadi sorotan rakyat Malaysia, nama aktor muda yang lahir daripada sebuah program pencarian bakat lelaki ini berbintang terang.
Pemilik nama Ahmad Nadhir Ahmad Nasar beruntung, berbekas di hati yang menontonnya, apatah lagi anak-anak muda yang memujanya.
Sebagai Syafiq Hambali, abang dan anak yang penyabar, keberkesanan lakonannya dalam I-Tanggang mendapat pujian melambung; sekurangnya Malaysia punya bakat baharu yang boleh dibanggakan kredibilitinya.
Di TikTok sahaja, babak lakonannya mencapai hampir jutaan tontonan. Nadhir dicalonkan para peminat sebagai calon generasi seni yang tak akan membuat industri mati.
Edisi kali ini, rugi sekiranya #G The Untold Story tidak mendekati salah seorang ‘masa depan’ dunia lakon layar Malaysia.
Jauh sekali menyesal malah tidak merindui dirinya yang ‘meliar’ sebelum ini, Nadhir, 25, sedia terikat, mengorak langkah menggalas impian, jadi pelapis nama besar sehebat Beto Kusyairy dan Bront Palarae.
1. Boleh Nadhir kongsikan pengalaman berada dalam industri seni negara sekarang?
Nadhir: Sebelum saya berkecimpung dalam industri seni, saya merupakan seorang model, life is good, I’m enjoying it right now. Alhamdulillah walaupun baru setahun dua saya berada dalam industri, negative feedback tu mestilah ada daripada haters tapi I’m enjoying my road.
To me personally, dia ada pros and cons bila menjadi seorang artis. Pros dia, visi dan misi saya semakin jelas dan dekat dan cons dia saya rasa, menjadi seorang artis ni dia hilang keistimewaan sebagai orang biasa. Macam saya sendiri, saya suka meluahkan perasaan dan menggunakan platform media sosial sebelum saya bergelar artis lagi.
Tapi sekarang, I don’t think I can do it anymore sebab ada ramai yang tengok dan saya tak boleh nak spread negative vibes. Itulah, keistimewaan nak menjadi orang biasa tu kurang. Tapi macam saya cakap semuanya ada pros and cons. God is fair, dia ambil sesuatu dari you, and dia kasi benda lain sebagai balasan.
2. Adakah Nadhir merindui diri Nadhir yang lama?
Nadhir: Tidaklah saya merindui diri saya yang lama cuma ini adalah beberapa fasa dalam kehidupan yang saya perlu lalui. Dan semestinya saya bersedia untuk melepaskan segala kebebasan sebab sebelum saya menjadi seperti hari ini, saya dah jangka yang perkara ini (kebebasan) akan hilang.
3. Ada yang kata juara Hero Remaja itu hanya semata-mata gelaran. Apa yang Nadhir mahu buktikan untuk pecahkan stigma tersebut?
Nadhir: Saya rasa, hero-hero yang terdahulu ada juga yang menyerlah seperti Syafiq Kyle. Saya rasa ia lebih kepada bagaimana you plan out your journey. Kadang-kala kita punya path ni kan tak sama macam orang lain, rezeki lain-lain. Kadang ada seseorang artis tu dia tak nak pergi macam mana contoh Neelofa punya track.
Itu tak bermakna katakan Neelofa itu berada di tahap yang teratas di mata orang, tak semestinya Syafiq Kyle tidak berada di tahap itu. Mungkin dia punya perspektif tahap teratas itu berbeza. Ada orang untuk berlakon di luar negara adalah dia punya tahap teratas. Ada orang lain untuk menjadi kaya dan buka bisnes di dalam Malaysia adalah impian tertinggi. So benda ni sangat subjektif. Dan saya percaya Hero Remaja yang sama batch dengan saya seperti Meerqeen dan orang lain, boleh pergi lebih jauh kerana ada banyak benda yang kita boleh belajar.
4. Apa misi dan visi Nadhir dalam industri seni tanah air?
Nadhir: Bagi saya sendiri, misi dan visi saya nak berlakon di luar negara. Saya suka tonton filem Indonesia dan juga filem antarabangsa. Seperti mana idola saya Iko Uwais yang berasal dari Indonesia, macam mana dia bermula dengan berlakon filem tempatan dan macam mana dia membawa Indonesia ke satu tahap antarabangsa, saya rasa jika mereka boleh, kita pun boleh.
It’s not you can speak better English ke apa tapi macam mana you bawa diri you dan macam mana orang lain nak tengok diri you. Yes, kita pun ada Tan Sri Michelle Yeoh, Henry Golding, tapi boleh meramaikan lagi la.
5. Untuk mencapai impian ke luar negara itu, Nadhir ada buat sebarang persiapan tak macam ambil kelas lakonan ke?
Nadhir: Saya percaya untuk menjadi seorang yang hebat, bukan sahaja dari segi bakat tetapi juga dengan displin. Bagi saya, displin ni ibarat the most important thing bila you buat sesuatu dan juga consistency. Kadang orang rasa umur 35 masih berlakon filem tempatan, dah tak boleh pergi jauh dan saya tak percaya benda tu. Even bila kita tengok pelakon antarabangsa pun macam Morgan Freeman, dia menjadi seorang pelakon di usia 40-an.
Age is just a number, It’s how you tanamkan niat nak buat tu yang penting. Tak kisah la you lambat ke janji you ada di tempat yang you nak tu. Dan you perlu korbankan beberapa perkara contoh macam kalau nak berlakon di Indonesia, kena pergi tiga,empat bulan dan tinggalkan keluarga. Tengok macam mana Yuna, bila dia dah menyanyi di sini, dia lebarkan kerjaya dia di Amerika Syarikat, benda-benda macam tu la yang saya masih belajar dan saya mahu path saya sebegitu dalam masa lima atau enam tahun akan datang, Insya-Allah.
6. Siapa pula aktor tempatan yang Nadhir jadikan idola?
Nadhir: Saya suka Beto Kusyairy dan Bront Palarae. Macam you tanya tadi, Neelofa ada bahagian yang dia boom, tapi saya mahukan boom yang berbeza. Kita tengok Bront, dia banyak berlakon di Indonesia, itulah for now misi dan visi saya untuk menjadi seperti Bront.
7. Nadhir makin meletop dengan Projek Anchor SPM dan sekarang ni I-Tanggang. Siapa sutradara yang paling Nadhir tunggu-tunggu nak bekerja bersama?
Nadhir: Untuk lokal, saya memang suka Razaisyam dan alhamdulillah dah buat Projek Anchor SPM dengan dia. Mungkin selepas ni nak cuba karya Khir Rahman ke, Aziz M. Osman ke dan kalau luar negara, saya nak bekerja di bawah arahan Joko Anwar dari Indonesia dan kalau Hollywood, Quentin Tarantino.
8. Sekarang Nadhir mengumpul ramai peminat yang belasan tahun. Ada yang di luar kawalan bila jadikan Nadhir sebagai fetish. Apa komen Nadhir?
Nadhir: Bagi saya, it’s okay for them untuk suka tetapi perlu ada limitation on being a fangirling kan. Tapi saya seronok mereka yang berasa enjoy dengan lakonan saya. Contoh macam Justin Bieber masa dia baru start pun fans dia terdiri daripada yang bawah umur. As time goes by, you tengok Justin Bieber now dan fanbase dia yang muda tu bersama dengan dia sampai sekarang, mungkin mereka dan jadi remaja dan 20-an dah pun.
Contoh ada peminat saya umur 15 tahun, lima tahun akan datang mereka berumur 20 tahun dan mereka konsisten menyokong saya. Benda-benda tu saya rasa penting sebab untuk menjadi seorang yang popular tu adalah susah tetapi untuk mengekalkan populariti tu adalah lebih susah.
9. Pernah ke Nadhir diganggu peminat yang terlalu obses?
Nadhir: Setakat ini kalau virtually ada je tapi kalau physically, belum lagi. Mungkin disebabkan pandemik, saya jarang keluar rumah sangat dan mereka pun duduk di rumah je. Saya rasa benda-benda ni terjadi di media sosial TikTok, komen-komen yang obses, adalah kerana mereka duduk rumah lama sangat kan. Tapi takdelah obsesi tu berbentuk ekstrem yang membuatkan saya rasa terganggu. Sebab saya pun ada je sukakan orang macam dulu saya suka Hayley Williams dari Paramore, wallpaper pun gambar dia.
Bila kita idolize someone tu, we will do whatever we can, it’s a good thing tapi berbalik pada soalan, kalau nak kata diganggu sampai saya tak suka tu, takde lagi. Mungkin ekstrem pada mata orang lain tapi ia tak ekstrem sangatlah pada saya. Ekstrem pada saya tu, kalau orang dah melibatkan benda-benda yang menakutkan secara spiritually tu, itu saya tak boleh. Mintak simpang la eh.
10. Macam mana Nadhir handle pandemik?
Nadhir: Pandemik ni, susah la bagi saya sebab saya nampak extrovert tapi a part of me yang introvert. Saya jenis yang jumpa kawan-kawan setiap hari so bila pandemik ni ada, saya tak boleh jumpa diorang, it’s even harder for me tapi alhamdulillah saya duduk dengan keluarga, itu boleh mengekalkan momentum saya untuk buat lebih banyak content di Instagram dan sebagainya.
Bila tiga bulan saya tak berlakon, saya rasa sukar sikit sebab saya suka bermain dengan karakter orang lain. Saya rasa diri saya plain dan boring jadi saya suka berlakon sebab dapat jadi karakter orang lain dan dari situ saya boleh discover the other side of Nadhir Nasar.
But pandemik ni mengajar kita untuk reflek diri kita seperti mana kita tengok ramai artis yang ke haluan yang lebih baik, it’s a good thing dan saya mampu handle pandemik ni.
11. Apa komen Nadhir bila ada pengarah yang lebih memandang pelakon dengan 1 juta pengikut di Instagram?
Nadhir: Okay je benda-benda tu pada saya sebab kita tahu stesen TV memang mengejar populariti dan sebagainya dan saya percaya banyak je pelakon-pelakon yang hebat di industri kita ni yang memiliki pengikut yang ramai. Tapi benda ni akan terkesan pada orang yang memiliki follower yang sikit dan ada misi yang besar, itu agak susah untuk mereka.
Kita dah banyak mengadu pasal benda ni sejak beberapa tahun. Saya baru masuk dalam industri ni rasa benda ni dah tak perlu kita perkatakan. Sebenarnya it’s how TV and media works, mereka bukan purely art industries tetapi mereka juga menjalankan perniagaan. So kita kena tahu konsep of selling you dan konsep you ada bakat.
Tak tahulah, sebahagian daripada saya ada di kelompok yang setuju dan sebahagian lagi di kelompok tidak setuju. Tapi, bukan semua pengarah bersikap begitu pun. Saya pun terpilih untuk berada di bawah karya Astro Originals pun waktu tu follower saya 40 ribu je so dari situ kita tahu tak semua pengarah begitu.
12. Macam mana pula dengan influencer yang mempunyai jutaan pengikut, diambil menjadi pelakon?
Nadhir: Benda tu semua rezeki. Kalau kita nak cakap pasal follower, how you gain follower? Susah kot nak dapatkan follower. Seseorang tu berusaha keras untuk capai jutaan pengikut jadi you tak boleh salahkan dia kerana dia diambil jadi pelakon hanya kerana pengikut dia ramai, you sebagai pelakon contoh yang betul-betu main teater semua tapi follower tak banyak, you nak marah? You tak boleh buat macam tu.
You must start with yourself kalau you tahu it works like that. Pergi cari follower, do something about your follower. It’s how you being smart in the industry, kita semua ada path masing-masing dan contoh kalau you rasa TV suka ambil orang yang ada ramai pengikut, you kena dapatkan jumlah pengikut tu. Bonus point, you boleh berlakon.
Artis ni macam pisang goreng panas la. Bila you panas, semua orang nak ambil tapi bila you dah sendu, time tu you slow. You kena tahu juga, bakat baru memang sentiasa ada setiap tahun, setiap bulan. Jadi kena bersedia untuk macam mana you nak kekal relevan dalam industri.
13. Apa satu watak yang Nadhir paling idamkan?
Nadhir: Saya nak watak orang bisu. Saya nak bermain dengan emosi sahaja. Saya rasa sebagai pelakon ni kita banyak melontarkan dialog tapi kalau kita dapat watak orang bisu atau yang tidak bercakap ni, macam mana kita nak passkan emosi kita supaya penonton dapat, pada saya itu cabaran yang besar bagi pelakon.
14. Adakah Nadhir mencari nama Nadhir di media sosial?
Nadhir: Cari! Saya suka buat benda tu. Contoh lepas habis episod I-Tanggang, saya akan terus cari nama saya di Twitter. Saya suka je tengok negative feedback sebenarnya so that saya boleh ubah apa yang kurang.
Saya tak akan balas komen mereka yang kritik sebab saya rasa untuk menjadi seorang artis ni you must get ready for that la. Dan saya dah ready sebelum saya masuk dalam industri lagi.
15. Setakat ni nama Nadhir bebas daripada sebarang kontroversi berbanding rakan-rakan hero yang lain. Adakah Nadhir plan untuk kekal bersih?
Nadhir: Kalau nak clean sangat pun tak best jugak. Takdelah sampai kita kata nak cipta sesuatu kontroversi untuk orang bercakap tapi kalau benda tu ada je, ada je la. Kita ni manusia kot, tak kan la kita nak bagus je di khalayak ramai kan dan tak kan la nak jaga nama je.
Kontroversi itu sendiri boleh buat you jadi famous dan ia juga boleh menjatuhkan karier you. Itu adalah proses dan fasa kehidupan seseorang dan kita tak boleh judge kehidupan seseorang itu. Orang ramai seperti netizen, peminat perlu terima yang artis juga seorang manusia biasa.
16. Kerjaya kita dah tahu, bagaimana pula dengan personal Nadhir? Boleh Nadhir kongsi tentang status hati terkini?
Nadhir: Saya single dan tak bersedia lagi la dari segi cinta tu sebab sebelum ni pun saya tidak bernasib baik dalam perkara itu. Yes, I am single and not ready to mingle sebab saya rasa banyak lagi benda yang saya nak kejar.
Saya juga tidak mencari. Kadang Tuhan ni kan kalau dia nak bagi, dia bagi je. So bila dia datang tu, dia datanglah.
17. Ciri-ciri wanita yang Nadhir idamkan?
Nadhir: Saya mahukan seseorang yang opposite dengan saya. Kalau bateri kan ada positif dan negatif untuk dia berfungsi, itu juga yang saya mahukan dalam hidup saya. Hidup ni kita hanya nak mencari kebahagiaan, kebahagiaan tu mahal kan. Saya mencari seseorang yang boleh buat saya happy.
Not to say that I’m not happy now, I’m just saying that it’s even better kalau you happy together. Saya tak kisah kalau seseorang tu popular atau tidak, saya tak kisah juga pasal umur kalau dia lebih tua daripada saya. I don’t mind about age, career, asalkan dia boleh hormat saya dan keluarga saya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live