#GempakTop2021: 'Know-Know Cerai', Ini Kisah Selebriti Putus Kasih Sepanjang 2021
Amri Hassan
03/01/2022 15:29 MYT
03/01/2022 15:29 MYT
Jodoh itu ketentuan takdir, tiada siapa dapat melawan suratan-Nya. Tidak kira bergelar artis, pasti tidak lari daripada perasaan untuk berkasih dan membenci.
Tahun 2021 juga dikejutkan dengan beberapa kisah perceraian pasangan selebriti di Malaysia. Ada yang terang-terangan berkongsi kepada peminat ada juga yang lebih selesa menyimpan untuk diri sendiri dan pasangan.
Berikut Gempak rangkumkan semula beberapa kisah perceraian pasangan artis di Malaysia dan dunia yang mengejutkan ramai.
Aishah
Pada November 2021, juara Gegar Vaganza 4 (GV4) itu mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya selama tempoh tiga bulan selepas lima tahun berkahwin.
Pada 2017, Aishah mengakui berkahwin kali keempat namun enggan berkongsi secara lanjut perihal rumah tangganya.
BACA: Aishah Sudah 3 Bulan Tidak Sebumbung Dengan Suami - "Anggap Saya Antara Kami Tiada ..."
Zarina Anjoulie
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mengesahkan dirinya kembali memegang status janda selepas bercerai kali kedua dengan bekas suami, Eilyas Azhar pada Mei lalu.
Pasangan itu bercerai sekitar Februari 2021 selepas berkahwin pada Julai 2020.
BACA: Zarina Anjoulie, Suami Cerai Kali Kedua
BACA: "I'm Glad It's Over" - Zarina Anjoulie Harap Talak 3 Dari Suami
Siti Saleha
Pelakon cantik, Siti Saleha telah memfailkan cerai terhadap suami, Ahmad Lutfi Azhar pada Oktober lalu namun masih mengunci mulut tentang punca permasalahan itu.
Saleha dan Lutfi berkahwin pada 28 Julai 2017 namun belum dikurniakan cahaya mata.
BACA: "Ya, Saya Failkan Cerai" - Siti Saleha Akhirnya ...
Fizi Ali
Penyampai radio popular Fizi Ali mengesahkan telah bercerai dengan pelakon Shakila Khoriri selepas tiga tahun berkahwin.
Pasangan itu juga enggan mengulas lebih lanjut tentang perpisahan mereka.
BACA: Fizi Ali, Shakila Khoriri Bercerai - "Walaupun Hidup Berasingan, Kami Akan Besarkan Ameena Dengan Kasih Sayang"
Fiza Elite
Fiza Abdul Halim mengakui telah berpisah dengan suaminya, Aizat Al Jefri pada 22 Julai tahun lalu selepas lima tahun berkahwin.
Bagaimanapun pasangan itu masih mengunci mulut mengenai perpisahan mereka.
BACA: "Punca & Sebab Kenapa.." - Berpisah Kali Ke-3, Fiza Halim Akur Diceraikan Melalui WhatsApp
Yasmin Hani
Yasmin mengesahkan perceraian dengan suami, Shaarin Razali menerusi akaun Instagramnya.
Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.
BACA: Jodoh Tak Panjang, Ikatan 10 Tahun Perkahwinan Yasmin Hani & Suami Terlerai!
Nadia Brian
Bekas suami Nadia, Muizz Nasruddin mengakui telah berpisah secara rasmi pada April 2021 selepas aktres itu memfailkan perceraian pada Oktober 2020.
Pasangan itu berkahwin pada 9 November 2019 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
BACA: Mengaku Lafaz Cerai Depan Saksi, Bekas Suami Nadia Brian; "Jangan Kaitkan Saya Dengan Dia Lagi"
King Coco
Hanya empat tahun bertahan, pempengaruh King Coco mendedahkan telah berpisah dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor.
King Coco juga enggan menceritakan punca dan tarikh sebenar mereka berpisah.
Pasangan itu berkahwin pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
BACA: "Saya Dah No Longer Married" - King Coco Jadi Janda, Sahkan Sudah Lama Bercerai
Ayus Sabyan
Anggota kumpulan Sabyan, Ayus telah memutuskan untuk bercerai dengan isterinya, Ririe pada Mac 2021 selepas didakwa berpunca daripada orang ketiga yang menyeret nama Nissa Sabyan.
BACA: Pernah Kecoh Didakwa Curang Dengan Nissa Sabyan, Ayus & Isteri Rasmi Bercerai
Aamir Khan
Pesohor Bollywood, Aamir Khan akhirnya mengumumkan telah bercerai dengan isteri yang dikahwininya selama 16 tahun, Kiran Rao pada Julai 2021.
Bagaimanapun, episod keretakan rumah tangga pasangan itu dikaitkan dengan aktres yang pernah berlakon bersama Aamir dalam filem Dangal, Fatima Sana Shaikh.
BACA: Aamir Khan, Isteri Bercerai - "Dah Lama Kami Rancang Untuk Berpisah ..."

#pelakon
#Penyanyi
#Viral
#cerai
#Bollywood
#Siti Saleha
#Indonesia
#Selebriti
#Nadia Brian
#Malaysia
#Aamir Khan
#King Coco
#Yasmin Hani
#Artis
#Zarina Anjoulie
#Fiza Abdul Halim
#Fizi Ali
#Aishah
#Nissa Sabyan
#Shakila Khoriri
#GempakTop2021