Gaya Hidup

#GempakTravel: Jejak Jepun Sampai Ke Hati, Ini Itinerari Lengkap 6 Hari 5 Malam Ke Tokyo!

gempak
Azwa Rahman
29/11/2019
12:22 MYT
Sponsor Banner
#GempakTravel: Jejak Jepun Sampai Ke Hati, Ini Itinerari Lengkap 6 Hari 5 Malam Ke Tokyo!
Hujung tahun bakal tiba dan inilah masanya anda boleh menghabiskan sisa baki cuti tahunan dan pergi melancong.
Bukan sahaja negara matahari terbit ini sangat cantik dan indah namun budaya dan sejarah negara ini sangat kaya untuk kita pelajari.
Jepun antara destinasi sempurna untuk anda yang mahukan Tokyo pasti menjanjikan keseronokan menyelusuri kota besar namun masih kekal tradisi dan budaya.
Jika anda bercadang meletakkan Jepun sebagai destinasi percutian seterusnya, Gempak cadangkan itineri lengkap untuk 6 hari 5 malam di Tokyo.
Hari pertama
Dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo
Saya menaiki penerbangan jam 2.30 petang dan tiba di Haneda pada jam 10.30 malam. Selesai urusan imigrasi, bagasi dan kastam, saya menaiki monorail untuk ke bandar Tokyo. Saya memilih untuk menginap di APA Hotel Kanda, Jimbochi, Ekihigshi.
Kerana kedudukannya yang strategik dan hanya empat minit berjalan kaki ke stesen subway, saya tiba di hotel pada jam 12 tengah malam. Selamat malam Tokyo, tak sabar untuk hari cerah keesokan harinya.
Hari kedua
Harajuku, Shibuya dan Raponggi Hills
Bermula seawal 8 pagi, saya keluar ke Harajuku untuk ke Harajuku Tourism Centre untuk mengambil pas subway yang saya beli menerusi Klook.
Disebabkan kebanyakan kedai di Harajuku buka jam 10 pagi, saya ambil kesempatan untuk menikmati onigiri dan setin kopi di 7-eleven.
Jam 10 pagi, saya menyelurusi Takeshita Street yang sangat terkenal di Harajuku. Dari cenderahati, pakaian, makanan, manisan apa sahaja semua tersedia di sini.
Pada jam 12 tengahari, saya bergerak ke Shibuya apabila perut terasa lapar. Pilihan saya adalah Luke’s Lobster yang sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong Malaysia.
Sebelum ke Luke’s Lobster, saya terlebih dahulu merentasi Shibuya Cross untuk mengambil foto. Selesai makan, saya bersiar-siar sebentar di kawasan Shibuya.
Jam 3 petang saya mula bergerak ke Raponggi Hills untuk ke Hard Rock Café. Sempat membeli beberapa helai tshirt untuk dijadikan koleksi, saya kemudian bergerak ke Aobadai untuk ke Starbucks terbesar di Asia, Starbucks Reserve Roastery.
Untuk pengetahuan anda, jam 4 petang di Jepun sudah mula gelap kerana menghampiri musim sejuk. Anda perlu merancang perjalanan seawalnya untuk memaksimakan hari kerana jam 4 petang sudah mula gelap.
Malam yang sejuk saya habiskan dengan menikmati kopi panas di kawasan luar. Starbucks empat tingkat ini bakal memukau pandangan anda kerana dekorasinya yang sangat cantik.
Hari ketiga
Disneysea!
Hari ketiga saya habiskan di Disneysea, Tokyo. Jika anda berbelah bagi antara Disneyland atau Disneysea, saya cadangkan anda ke Disneysea untuk pengalaman yang lebih ekstrem. Sebagai orang dewasa, Disneysea lebih memberikan kepuasan.
Dari stesen subway Tokyo, anda perlu menaiki kereta api menuju Stesen Maihama yang akan berakhir di kawasan Disney Resort.
Nasihat saya, pergilah seawal pagi dan beratur kerana sebelum pintu terbuka, orang ramai sudah membanjiri luar pintu.
Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya dan cuba ambil ‘fast pass’ sebanyak yang boleh untuk menikmati setiap permainan yang ada.
Saya keluar dari Disneysea jam 8 malam dan terus pulang ke hotel kerana terlalu penat. Sempat saya menikmati secawan mee segera dan roti sebelum tidur.
Hari keempat
Gunung Fuji!
Hari keempat saya ke Gunung Fuji. Kawasan sekitar Gunung Fuji pada musim luruh tersangat cantik dan mengagumkan.
Membeli pakej yang tersedia di Klook, saya bergerak secara kumpulan dan kami semua berkumpul di Shinjuku Prince Hotel.
Perjalanan ke Gunung Fuji mengambil masa selama dua jam pergi dan balik. Ambil peluang untuk ke Tasik Kawaguchiko untuk permandangan umpama magis.
Menerusi pakej ini, saya berkesempatan untuk merasai pengalaman membuat matcha. Jangan lupa singgah perkampungan Oshina dan Hakkai untuk merasai suasana kampung pelancongan serta singgah di Gotemba Premium Outlet sebelum bergerak balik ke Tokyo.
Jam 7 malam saya tiba di Tokyo, saya terus ke Sinjyukugyoen Ramen Ouka di Shinkuju untuk ramen halal yang enak!
Hari kelima
Tsukiji Outer Market, Asakusa dan Skytree
Awal pagi saya bergerak ke Tsukiji Outer Market untuk sarapan pagi. Sambil bersiar-siar melihat kawasan pasar Tokyo yang bersih, saya sempat membeli tembikai Hokkaido serta sotong bakar sebagai sarapan. Kopi saya hanya beli di 7-eleven.
Jam 10 pagi saya bergerak ke Asasuka. Di sini, saya memilih untuk menyewa pakaian tradisional wanita Jepun, Kimono.
Membeli pakej tersebut di Klook, urusan menyewa cukup mudah kerana anda hanya perlu tiba di kedai kimono mengikut masa yang dipersetujui dan anda akan dilayan bak permaisuri.
Dengan memakai kimono, saya bersiar mengelilingi bandar cantik ini dan bergambar. Tidak perlu pelik kerana hampir separuh daripada pelancong luar turut mengenakan kimono di sini.
Saya berkesempatan melawat Senjo-ji Temple and Nakamise shopping street. Di sini, anda berpeluang untuk membeli pelbagai cenderamata dan mencuba makanan laut dan manisan yang banyak dijual ditepi-tepi jalan.
Hampir dua jam memakai kimono tersebut, jam 3 petang saya kembali ke kedai dan memulangkan Kimono lalu bergerak ke Skytree untuk menaiki Menara tertinggi di Tokyo.
Turut menggunakan Klook untuk membeli tiket masuk, perjalanan naik ke aras 450 meter cukup pantas dan teratur. Jika anda pergi jam 3 petang ke atas, permandangan jadi semakin cantik kerana ia menghampiri waktu senja. Suasana melihat matahari jatuh bersaksikan seluruh bandar Tokyo cukup memberikan pengalaman yang hebat.
Turun dari Skytree, saya kembali ke Shibuya untuk menikmati nasi bersama kari ayam di CoCo Icibanya Curry House. Sedap, anda wajib cuba!
Hari keenam
Tokyo Tower, Ginza, Euno
Hari terakhir di Tokyo, saya daftar keluar hotel awal dan meletakkan bagasi di lobi hotel. Hari yang ada saya gunakan sepenuhnya sebelum berangkat pulang menaiki pesawat pada jam 11.45 malam.
7 pagi saya sudah bergerak ke Tokyo Tower untuk melihat sendiri salah satu menara ikonik di Tokyo. Hanya melihat dari luar dan bergambar, saya teruskan perjalanan ke Akibahara untuk melihat keunikan bandar moden ini.
Habiskan masa dengan menikmati kopi di sebuah kafe lokal, saya kemudian ke Euno untuk makan tengahari. Difahamkan ramai rakyat Malaysia gemar menginap di Euno kerana terdapat banyak pilihan makanan halal yang tersedia di pasar Ameyoko.
Sempat menikmati kebab yang banyak terjual, duit lebih saya gunakan untuk membeli coklat KitKat untuk dibawa pulang. Jika anda bercadang untuk membawa pulang cenderamata, KitKat merupakan pilihan terbaik kerana ia murah dan banyak perisa yang menyelerakan.
Jam 4 petang saya ke Ginza untuk bersiar-siar. Sebuah bandar yang boleh dikatakan urban, Ginza menjadi pilihan golongan mewah membeli-belah kerana pelbagai butik berjenama ada disini.
Selesai di Ginza, saya kembali ke hotel pada jam 6 petang untuk mengambil bagasi dan menuju ke Haneda. Berat hati untuk pulang kerana pengalaman di Tokyo cukup indah.
Apa tunggu lagi, realisasikan impian jejak Jepun untuk destinasi bucket list anda yang seterusnya.
Anda boleh mendapatkan pelbagai lagi tawaran menarik tempat lawatan, aktiviti, tiket masuk dan pakej jelajah dengan harga yang berpatutan di Klook.
Menerusi kempen #JustKlookIt, nikmati diskaun sebanyak 20% dan dapatkan potongan hebat sebanyak RM250 untuk pelbagai tawaran tersedia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live