Laman Utama

#GempakWrapped2022: Hangat Hollywood - Will Smith Tampar Chris Rock, Justin Bieber Hidap Sindrom Ramsay Hunt, Kim K Bercerai

Izwan Isa
26/12/2022
14:50 MYT
Banyak hal dalam industri hiburan di Hollywood yang menyorot perhatian netizen sepanjang tahun 2022. Ada artis popular yang berkahwin, ada yang bercerai dan ada juga yang diserang ujian.
Sebelum tirai 2022 dilabuhkan, jom semak lima berita yang paling disebut sepanjang tahun ini:
Justin Bieber diserang sindrom Ramsay Hunt
Penyanyi Justin Bieber mengejutkan peminat di seluruh dunia apabila pelantun lagu Baby itu mengumumkan dia diserang sindrom Ramsay Hunt. Menerusi kemas kini di Instagram, Justin berkata matanya tidak berkelip dan kelihatan seolah-olah sedang tersenyum pada sisi wajah. Lubang hidungnya juga tidak boleh bergerak, seakan-akan lumpuh pada wajah. Disebabkan hal itu, Justin terpaksa membatalkan konsert jelajah dunia termasuk di Malaysia.
BACA: “Jesus Is With Me”- Kongsi Perkembangan Sindrom Lumpuh Separuh Wajah, Justin Bieber Akui Lebih Dekat Dengan Tuhan
Insiden lempang Will Smith
Ketika berlangsungnya Academy Awards Ke-94, pelakon Will Smith naik ke atas pentas dan bertindak melempang Chris Rock, selepas pelawak dan pengacara anugerah itu mempersendakan isteri Will, Jada Pinkett Smith. Pada keesokan harinya, pada 1 April, Will memohon maaf kepada Chris dan meletakkan jawatan sebagai ahli Academy. Ketika ditemu bual menerusi The Daily Show, Will menjelaskan yang insiden tersebut sebagai satu insiden yang sangat mengerikan.
BACA: [VIDEO] Melawak Fasal Isteri, Will Smith Tampar Muka Chris Rock Ketika Live Oscars
Perceraian Kim Kardashian dan Kanye West
Siapa sangka, power couple yang diminati ramai, Kim Kardashian dan Kanye West akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama. Sungguhpun proses perceraian antara dua bintang ini tidak berjalan dengan lancar, namun, akhirnya mereka sah berpisah pada Mac 2022 manakala Kanye bersetuju untuk membayar AS$200,000 (RM884,932) sebulan bagi setiap orang anak sebagai biaya nafkah. Kim dan Kanye berkahwin pada 2014 dan dikurniakan empat orang anak, North West, Saint West, Chicago West, Psalm West.
BACA: Selepas 7 Tahun Bersama, Kim K Failkan Tuntutan Cerai Terhadap Kanye West
Britney Spears kahwin untuk kali ketiga
Perkahwinan penyanyi pop Britney Spears pada 9 Jun 2022 antara perkahwinan yang paling banyak diperkatakan oleh netizen. Selepas bebas daripada ‘cengkaman’ jagaan bapanya, Jamie Spears, Britney mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Sam Asghari. Lebih istimewa, majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh barisan selebriti terkenal seperti Paris Hilton, Madonna, Selena Gomez dan Drew Barrymore. Sam yang berkerjaya sebagai model itu mula rapat dengan Britney ketika dia membintangi klip video Slumber Party.
BACA: Tayang Baju Kahwin Rekaan Versace & Kasut Kaca Ala Cinderella, Britney Spears: “Dongeng Itu Nyata”
Johnny Depp menang kes saman terhadap Amber Heard
Selama enam minggu dibicarakan di mahkamah, pelakon Johnny Depp kembali menarik nafas lega apabila dia menang kes saman terhadap bekas isteri Amber Heard. Johnny menerima pampasan sebanyak AS$15 juta (RM66.36 juta). Pampasan sebanyak AS$15 juta (RM66.36 juta) diberikan kepada Depp merangkumi AS$10 juta (RM44.24 juta) manakala AS$5 juta (RM22.12 juta) lagi sebagai ganti rugi punitif. Johnny mendirikan rumah tangga dengan Amber pada 2015 dan sah bercerai pada 2017.
BACA: Amber Heard Tak Terima Kenyataan Johnny Depp Menang Saman: “Saya Terlalu Kecewa”
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”

gempak
05/07/2024
04:55 MYT
Anak saudara kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umairah, 13, melakar sejarah yang tersendiri apabila ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, Sabtu ini.
Hollywood

Ariana Grande Mahu Makan Malam Dengan Pembunuh Bersiri, Disifatkan Sakit Otak

gempak
30/06/2024
21:51 MYT
Penyanyi Ariana Grande meluahkan keinginan keluar makan malam bersama salah seorang pembunuh bersiri paling kejam dunia jika berpeluang berbuat demikian.
Filem

Malaysia Mendunia! Kuala Lumpur Jadi Lokasi Penggambaran Filem Marvel Thunderbolts

gempak
28/06/2024
08:07 MYT
Negara Malaysia dikatakan terpilih menjadi lokasi filem adiwira terbaharu Marvel, Thunderbolts.
Hiburan

Anak Bill Gates Bercinta Dengan Cucu Paul McCartney

gempak
27/06/2024
15:55 MYT
Anak individu kelima terkaya dunia serta pengasas bersama Microsoft Corporation, Bill Gates dilaporkan sedang mabuk bercinta dengan cucu pesohor seni legenda, Paul McCartney.
Hollywood

Giliran Anak Tom Cruise, Suri ‘Buang’ Nama Bapa, Hanya Dikaitkan Dengan Katie Holmes

gempak
25/06/2024
18:50 MYT
Selepas tiga orang anak Brad Pitt ‘membuang’ namanya dalam pengenalan baharu mereka, kini nasib yang sama berlaku kepada salah seorang pesohor seni dunia, Tom Cruise.