Sebut sahaja pempengaruh atau influencer sudah pasti akan dikaitkan dengan platform media sosial seperti TikTok, Instagram, Twitter dan Facebook.

Ini kerana, influencer tersebut menjadikan platform media sosial sebagai medium untuk mereka berkongsi konten yang dihasilkan.

Pun begitu, tidak semua konten yang dimuat naik memberi manfaat dan menerima respon baik orang ramai.

Berikut, Gempak kongsikan beberapa nama influencer yang pernah ‘buat hal’ di laman sosial sepanjang 2022:

1. Tiktokers Daing Ellando

Tindakan seorang TikTokers bernama Daing Ellando yang melakukan prank melampau dengan menepek kek di atas muka seorang wanita telah mendapat kecaman orang ramai.

Biarpun Daing telah tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa segala yang dilakukan sebenarnya dirancang dan sekadar lakonan, namun rata-rata wargamaya tetap tidak menyokong perbuatan tersebut.

Malah, isu tersebut turut menyorot perhatian pengacara tersohor Datuk Hj Aznil Nawawi dan beberapa selebriti lain.

BACA: Prank Melampau Tonyoh Kek Untuk Uji Kesabaran Ibu OKU, Pak Nil; “Saya Kesal, Sebagai Mentor…”

BACA: Tiktokers Tampil Mohon Maaf Isu Video Prank Tonyoh Kek Di Muka Ibu Anak OKU, Sekadar Lakonan

BACA: Sharnaaz Ahmad Mahu Program Yang Melahirkan Bakat Seni Bukan Konten Viral; “Aku Dah Tak Lama Dalam Industri…”

@adamuma97 kasi heret ini orang ! #contentsampah @MamuSharnaaz cari sampai jumpa ???!! #kasiviral ♬ original sound - ?̲̅?̲̅?̲̅?̲̅ ?̲̅?̲̅?̲̅

2. Kasih Iris Leona

Sejak anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona aktif di media sosial ada sahaja cakap nakal netizen yang dilemparkan kepadanya.

Nama Leona menjadi sasaran netizen disebabkan tindakannya sering memuat naik konten yang memaparkan dirinya berpakaian seksi dan kurang sesuai dipertontonkan kepada umum.

Malah, nama Leona pernah terpalit dengan dakwaan menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang oleh seorang wanita yang mengaku dirinya isteri kepada lelaki berkenaan.

BACA: Sarung Swimsuit Seksi Di Terengganu, Leona Tarik Pehatian Netizen; “Dia Punya Pakaian Tu Kita Doa Je Lah Berubah Nanti”

BACA: Kasih Iris Leona Dituduh Kacau Suami Orang, Azhar Sulaiman Mengamuk Minta Netizen Bukti! Netizen; “ Taktik Baru Scammer Ni”

@leonsmeonss

felt pretty ystd hehe

♬ stream escapism - #1 the thrill is gone stan

3. Ustazah Siti Afifah

Tindakan Siti Afifah yang lantang menyuarakan mengenai kaum ibu yang ingin bersalin tidak patut mendedahkan aurat di hadapan doktor lelaki mengundang pelbagai reaksi netizen.

Lantang dan tegas, Siti Afifah menganggap seorang suami sepatutnya menjaga maruah isteri dengan menyediakan doktor wanita untuk menyambut kelahiran anak mereka.

Malah, belum lagi reda mengenai isu isteri bersalin, Afifah sekali lagi membuat ramai orang berang terutama golongan penggiat seni dengan menyatakan roh dan jiwa seseorang akan hilang sekiranya bersalaman dengan selebriti atau artis.

BACA: Ustazah Dikecam, Label Suami Dayus Biar Doktor Lelaki Tengok 'Bawah' Tempat Rahsia Isteri - "Kalau Lelaki Ya, Sakit Perut Sikit Dah Kecoh!"

BACA: "Salam Artis Tu Rosak Roh, Jiwa Kita" - Ustazah Afifah Viral Lagi, Netizen Pelik Serba-Serbi Tak Kena!

@sunnahtidakberbohong #sampaikankepadaDatoDrDanial #manatabayyun #sunnahtidakpernahberbohong #ustazustazahviral ♬ bunyi asal - Siti Afifah Shahbudin

4. Aisar Khaleed

Another day, another drama! Itulah yang boleh digambarkan kepada pempengaruh Aisar Khaleed yang sering sahaja dilihat sengaja mencipta konten yang mengundang rasa kurang netizen.

Aisar pernah dikecam kerana tindakannya merakam video di tengah-tengah kesesakan ibu kota Kuala Lumpur. Pada video berkenaan dia dilihat sengaja baring di atas jalan raya meskipun banyak kenderaan ketika itu.

Selain itu, Aisar turut membuat orang ramai berang apabila melakukan konten menunaikan solat di beberapa lokasi, antaranya di stesen minyak, gymnasium dan kawasan bengkel.

BACA: Aisar Khaled Buat Hal Lagi…Demi Content, Sanggup Baring Tengah Jalan, Ganggu Lalu Lintas

BACA: “Dah Kenapa Solat Atas Jalan, Dalam Stesen Kan…” - Video Aisar Khaled Solat Cetus Persoalan Netizen

@aisarkhaledd Which suit colour is your Favourite ? ? #newtrend #fashion #fypシ #viral ♬ original sound - youssefesawy

5. Haqiem Stopa

Nama Haqiem Stopa mula menjadi sorotan wargamaya disebabkan minatnya pada dunia pemotoran, malah diberikan jolokan sebagai ‘Ikon Permotoran’ dalam kalangan pengikutnya terutama di laman TikTok.

Haqiem pernah didakwa di atas kesalahan memandu kereta tanpa lesen. Ketika kejadian berlaku, Haqiem sedang memandu kenderaan jenis Audi. Malah, perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dengan menjelaskan pihaknya mengeluarkan notis saman terhadap Haqiem.

Tidak hanya itu, Haqiem sekali lagi terlibat dengan kes polis apabila didakwa di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas teman wanitanya dalam dua telefon bimbit miliknya.

BACA: Netizen Geli Hati Ikon Permotoran Ditahan Kerana Memandu Tanpa Lesen - “Minta Sekolah Memandu Jemput Dia Beri Ceramah”

BACA: Haqiem Stopa Didakwa Simpan Gambar, Video Lucah Bekas Kekasih

@haqiemstopa

Nak jugak fyp tanpa hashtag .first time ni dapat tak ?

♬ original sound - Haqiem_stopa

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Article-Banner_Akim-Mira_01-(1)_13