Perkhidmatan membeli-belah gaya hidup pelbagai platform Malaysia, Go Shop telah menjenamakan semula dua saluran Melayu dengan slogan baharu - Ini Baru Shopping!
Go Shop (saluran 118) kini membawa nama baharu, "RUUMA" yang memberi tumpuan kepada item untuk melengkapkan rumah seperti perabot, aksesori rumah, peralatan dapur dan alat memasak.
Sementara, Go Shop (saluran 120) membawa nama "GAAYA" yang menawarkan produk kecantikan dan gaya hidup, keperluan perjalanan, alat digital dan trend fesyen terkini untuk individu yang bergaya.
RUUMA mempamerkan jenama popular seperti Corelle, La Gourmet, Shogun, Khind dan Haier, manakala GAAYA menampilkan jenama seperti SimplySiti, Siti Khadijah, Christy Ng dan Leanen.
Untuk meraikan pelancaran baharu ini, Go Shop mengadakan "RUUMA & GAAYA Fair" untuk menawarkan promosi dan hadiah eksklusif kepada para pelanggan yang membeli-belah di RUUMA (saluran 118) dan GAAYA (saluran 120) dari 1 Februari hingga 29 Februari.
Para pelanggan boleh mendapatkan “Go Points” tambahan sebanyak RM5 apabila mereka membeli-belah pada kedua-dua saluran semasa tempoh kempen.
Di samping itu, pelanggan juga boleh mengambil bahagian dalam "RUUMA Top Spender Rewards" dan "GAAYA Top Spender Rewards" dimana 5 pembeli teratas di kedua-dua saluran berpeluang memenangi hadiah hamper yang bernilai sehingga RM1,800.
Tonton Go Shop RUUMA (saluran 118) dan Go Shop GAAYA (saluran 120) untuk tawaran - tawaran yang menarik. Para pelanggan juga boleh layari Go Shop melalui www.goshop.com.my dan memuat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.
Kamaruddin Razal
Fri Feb 14 2020
Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim berkongsi kenangan dan kata-kata akhir arwah suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Bakal Beri Kenangan Istimewa Buat Peminat
Walaupun siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ sudah berakhir, ratu rock negara, Ella bakal mengadakan sebuah konsert yang lebih istimewa iaitu ‘Jilid Rockerstra Ella: Rockers Juga Manusia’.
AirAsia Perkenal Nursing Cover Untuk Juruterbang & Kru Kabin Baru Jadi Ibu
Sempena meraikan Hari Ibu, AirAsia mengumumkan penambahan kain penutup penyusuan kepada kit pakaian seragam juruterbang dan kru kabin yang baru bergelar ibu.
Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Avril Lavigne Komen Teori Konspirasi Telah Mati & Diganti Wanita Berwajah Sama
Avril Lavigne merupakan seorang penyanyi yang cukup popular pada awal tahun 2000 dengan genre pop-punk.
[PROMO] Uji Bakat INNOVATHON Musim Ke-2
INNOVATHON KEMBALI! ANDA ADA IDEA YANG MENARIK?
KAMI MEMERLUKAN IDEA INOVATIF ANDA!
Untuk sertai Rancangan Realiti TV INNOVATHON Musim Ke-2:
1. Hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreati dan inovatif ke alamat emel: [email protected]
2. Sila imbas kod QR untuk pendaftaran uji bakat secara atas talian
3. Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024
#INNOVATHON
KAMI MEMERLUKAN IDEA INOVATIF ANDA!
Untuk sertai Rancangan Realiti TV INNOVATHON Musim Ke-2:
1. Hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreati dan inovatif ke alamat emel: [email protected]
2. Sila imbas kod QR untuk pendaftaran uji bakat secara atas talian
3. Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024
#INNOVATHON
COËX Bereksperimentasi Lagu Irama Tradisional - "It Has Always Been Our Identity"
Kumpulan M-POP berbakat besar COËX mengembangkan sayap menerusi lagu OST filem seram Paku Tanah Jawa berjudul Paku Durjana.
Tarik Minat Pelajar Ke Sekolah, Larrie Sumbang RM68,000 Cat Mural Baharu Di SMK Sungai Choh
LARRIE Corporation Sdn Bhd telah bekerjasama dengan SMK Sungai Choh, Rawang dalam inisiatif pengindahan sekolah di bawah program Jom Kembali Ke Sekolah.
Dollah Hapak | Throwback Telemovie Gempak
Minggu ini kami bawakan telemovie Dollah Hapak. Korang pernah tengok tak? Korang kalau ada suggestion nak telemovie yang lama-lama korang boleh komen di media sosial kami ok. Kami akan cuba tunaikan.
Di Antara Pertalian Darah & Pertaruhan Berani, ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya
Satu keluarga, satu peluang, satu rompakan terakhir. The Experts yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist.