Bintang Gegar Vaganza (GV7), Haslinda menganggap penyingkirannya di konsert kedua program berkenaan sebagai tiada rezeki.

Menurut Haslinda, dia reda dengan keputusan itu dan menyifatkan juri lebih arif dalam menilai potensi kesemua bintang GV7.

“Macam inilah adat pertandingan, kalah atau menang itu terpulang pada rezeki Allah nak beri pada kita.

“Perasaan memang sedih, siapa yang tak sedih apbila baru sahaja nak tunjukkan bakat tiba-tiba sudah terkeluar,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Mengulas mengenai ketidakpuasan hati netizen mengenai penyingkirannya, ini jawapan Haslinda.

“Sebab itu adalah pertandingan dan sebenarnya saya juga berasa terharu kerana masih ada lagi yang ingat dan menyokong saya.

“Saya tidak tahu mengenai perkara ini, ingatkan bila sudah tersingkir saya ‘senyap’ sahaja. Rupanya masih ada yang mengingati saya.

“Tak mengapa, juri lebih arif dalam menilai persembahan. Saya akan perbaiki mana-mana kekurangan yang ada dari masa ke semasa untuk menjadi lebih baik,” ulasnya.


Ditanya sama ada terkesan dengan komen juri, Haslinda memberitahu dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif.

“Saya sudah bersedia dari segi mental dan emosi, kalau ada benda-benda yang juri komen mengenai nyanyian atau persembahan saya memang dan standby.

“Saya ambil perkara itu sebagai satu komen yang sihat dan positif untuk perbaiki di hari yang akan datang.

“Sebab bagi saya, walaupun saya menyanyi sudah kira-kira 20 tahun lebih tetapi saya pun manusia biasa sudah pasti ada kesilapan.

“Jadi komen-komen itu semua kita anggap sebagai pembakar semangat,” jelasnya.

Terdahulu, konsert kedua Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) menyaksikan Haslinda menjadi bintang pertama tersingkir.

Haslinda diumumkan sebagai bintang yang memiliki markah terendah sebanyak 49.70 peratus.

BACA: Haslinda Bintang Pertama Tersingkir, Tiada Lagi Cinderella di Pentas GV7

BACA: GV7: Noraniza Idris & Aju Success Markah Sama, Ini Recap Dan Komen Juri Di Konsert Kedua

BACA: Corat-Coret GV7: Angin Pasang Nabil, Ayu Scooby-Doo, Dan Baju Linda Tersangkut

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.