,
Laman Utama

Hafiz Mahamad Positif COVID-19 Lagi, Terpaksa Kuarantin Diri Di Sabah - "Demam Teruk Ingatkan Sebab Hujan Tapi..."

Amri Hassan
12/12/2021
07:55 MYT
Pempengaruh Hafiz Mahamad reda apabila sekali lagi diuji positif virus mengancam nyawa, COVID-19 selepas 11 bulan.
BACA: Positif COVID-19, Hafiz Mahamad Reda - "Tuhan Makbulkan Doa Bila Anak & Isteri Negatif"
Hal itu menyebabkan Hafiz terpaksa menangguhkan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan menjalani kuarantin di Sandakan, Sabah selama 10 hari.
"Hari ini sepatutnya saya balik ke Kuala Lumpur, tapi saya kena kuarantin di Sandakan, Sabah sebab #positivecovid.
"Dah excited nak balik ke KL sebab misi bantuan di Sabah ni dah selesai. Tak sabar nak jumpa anak dan isteri, ingat nak bawa mereka berjalan. Rindu sangat mereka.
"Ya Allah, semalam saya demam teruk. Ingatkan demam sebab hujan, sebab sini hujan tak berhenti. Saya memang kerap kena hujan bila buat kerja dekat sini.
"Sebelum saya fly ke Sabah untuk bantuan atau nak uruskan mana mana kerja, saya memang kerap buat swab dan bawa kit test.
"Memang negatif tapi bila saya demam semalam, saya decide untuk batalkan flight saya dan check guna kit test.
"Ya Allah, bila naik 2 line semalam. Panik sekejap sebab saya demam dan hilang deria rasa. InsyaAllah, doakan saya semua ya," kongsinya di Instagram.
Tambahnya, keadaan badannya lebih serius berbanding kali pertama dijangkiti virus COVID-19 sekitar Januari lalu.
"Dulu positif COVID-19 saya boleh gelak-gelak lagi. Kali ni, terduduk saya. Mood saya pun tak okey.
"Saya demam teruk, hidung tak rasa apa-apa, tak ada selera makan dan badan sakit-sakit sekarang ni.
"Kena pula di Sandakan, kalau di KL boleh Aina tolong jagakan. Ubat, makanan kena fikir sendiri," ujarnya.
Hafiz bagaimanapun memohon maaf apabila terpaksa melepaskan tugasan kepada pasukannya untuk menguruskan misi bantuan ke Sarawak minggu hadapan.
"Untuk sahabat yang nak balik Sarawak next week, minta maaf saya tak boleh turun untuk misi tu. Nanti team saya bantu awak ya.
"Raisya Mummy, nanti daddy balik ya. Doakan daddy dekat sini. Daddy rindu sangat awak berdua sayang," tambahnya.
BACA: "Bukan Orang Senang, 7 Tahun Tak Balik... Menitik Air Mata" - Hafiz Mahamad Kongsi Rezeki RM60,000 Sponsor 100 Orang Balik Semenanjung
Terdahulu, Hafiz disahkan positif COVID-19 pada Januari dan menjalani kuarantin kendiri di dalam bilik di kediamannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Hiburan

"Ada Peminat Keliru, Ingat Saya Berdarah Latin" - Agy

gempak
17/11/2024
13:55 MYT
Mungkin ramai yang tidak sedar dengan bakat nyanyian yang dimiliki oleh Agy, pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten video menarik di beberapa akaun media sosial miliknya.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”

gempak
15/11/2024
00:55 MYT
Selepas kecoh kontroversi bersama aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat aktres Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.
Unitar