Aktres Hollywood, Halle Berry bukan sahaja terkenal dengan bakat, tetapi kisah peribadi terutama kehidupan percintaannya memang menjadi perhatian.

Dalam kehidupan percintaannya, Berry memang telah beberapa kali gagal. Dia diketahui gagal tiga kali dalam perkahwinan selain beberapa kali putus cinta.

Oleh sebab itu, ada netizen yang menyindirnya sebagai seorang wanita yang tidak pandai menjaga kekasih atau suami lantaran kerap kecundang dalam hubungan percintaan, lapor CNN.

Sindiran itu terjadi selepas Berry mengemas kini Instagramnya bersama kaspyen yang berbunyi: "Wanita tidak memiliki keburukan anda."

Kata katanya itu kemudian dibalas oleh beberapa netizen. Salah satunya menulis: "Kata seorang wanita yang tidak pandai menjaga lelakinya."



Tidak mahu berdiam diri, bintang berusia 54 tahun itu membalas sindiran tersebut.

"Siapa kata saya mahu menyimpan lelaki yang salah? Sebab saya tak akan lakukan."

Kemudian terdapat seorang lagi netizen yang menuduh Berry ada masalah dengan lelaki.

"Halle, adakah anda mempunyai masalah dengan lelaki?"

Soalan itu juga dijawab pemain Catwoman itu dengan: "Tidak, mereka yang punya masalah dengan saya."

Setelah itu, pemenang Oscar tersebut turut mendakwa, tidak ada lelaki yang pernah berjaya menaklukkannya,

Untuk rekod, Berry pertama kali berkahwin dengan pemain baseball, David Justice pada tahun 1993 dan bercerai pada 1997.

Kemudian, dia berkahwin pada tahun 2001 dengan Eric Benet. Perkahwinannya itu juga tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada tahun 2005.

Berry kemudian bercinta dengan seorang model, Gabriel Aubry pada 2008 dan memiliki seorang anak, namun hubungan mereka juga tidak berakhir bahagia.

Wanita yang memulakan kariernya sebagai model itu kemudian menjalin beberapa hubungan cinta dan akhirnya bertemu Olivier Martinez.

Mereka bercerai pada tahun 2015 selepas memiliki seorang anak setelah berkahwin pada 2013.

Kredit Foto: Yahoo
Instagram: @halleberry