,
Berita

"Hampir Sebulan Dia Di Sana Kononnya ....." - Nadya Syahera Dedah Suami Curang Dengan Adik Kepada Pengasas Produk Kosmetik Terkenal

Rozaimi Zubaidi
21/06/2019
03:05 MYT
Pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad, Nadya Syahera mengakui rumah tangganya bersama suaminya iaitu usahawan restoran, Fizul Nawi kini sedang berantakan.
Menurut laporan MHE TV, Nadya mendedahkan kecurangan suaminya setelah mendapat bukti bergambar bahawa lelaki itu menjalin hubungan dengan seorang gadis dari Kelantan.
“Sebenarnya, hal ini baru saja dapat dibongkar kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu walaupun kecurigaan saya terhadapnya sudah dirasakan lebih awal.
“Naluri isteri, jujurnya saya mencurigainya sejak dia bekerja di luar kawasan iaitu di Kelantan yang juga merupakan kampung halamannya.
“Hampir sebulan dia di sana kononnya atas urusan kerja semata-mata dan langsung tidak balik ke rumah kami di Shah Alam untuk menjenguk saya serta anak-anak.
“Akhirnya, teka-teki yang selama ini bermain di benak fikiran terjawab selepas melihat beberapa keping gambar yang membuktikannya bermain kayu tiga,”katanya.
Menurut Nadya, dia difahamkan gadis terbabit adalah adik kepada pengasas produk kosmetik terkenal yang beroperasi di negeri Pantai Timur itu.
“Bahkan, hubungan kedua-duanya bermula setelah gadis berkenaan datang ke premis restorannya sebagai seorang pelanggan.
“Apapun yang berlaku, saya akan berusaha untuk pertahankan perkahwinan ini dan belum terdetik untuk meminta cerai waima tak dapat dinafikan betapa kecewanya saya atas perbuatan dilakukannya,” ujarnya.
Bernikah dengan Nadya pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.
Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun
Sementara itu, jangan lupa untuk menyaksikan drama Setelah Terlafaznya Akad setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria & Ria HD.
Sumber: MHE TV
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

“Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

gempak
22/10/2024
03:20 MYT
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Tak Kisah Suami Jadi Pelakon - “Kalau Dia Minat, Saya Tiada Masalah, Tapi..”

gempak
21/10/2024
12:55 MYT
Pelakon, Ummi Nazeera tidak menolak sekiranya suami, Dr Mohd Izzar Anwari terjun ke bidang industri seni.
BorakSeeni