HIBURAN
Hans Isaac Kembali Sebagai Pengerusi FINAS Baharu
Pelakon Datuk Hans Isaac kembali menyandang jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), berkuatkuasa hari ini.
Pengumuman pelantikan semula Hans yang pernah duduk di kerusi agensi di bawah agensi Kementerian Komunikasi itu dibuat menerusi hantaran di media sosial, petang tadi.
Hans menggantikan Datuk Kamil Othman yang mula menggalas jawatan itu pada 24 Februari 2023.
Terdahulu, beliau dilantik sebagai Pengerusi FINAS oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo pada 8 April 2019.
Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 53, ketika itu menggantikan Samsuni Mohd Nor yang tamat kontrak pada Mac 2019.
Tidak sampai setahun, beliau kemudian dilapor menerima surat penamatan kontrak sebagai pengerusi FINAS sebelum melepaskan jawatan itu pada 22 Mei 2020.
Pada 17 Mac lalu, Hans membuat kejutan apabila mengumumkan tidak lagi memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang disandangnya sejak dua tahun lalu.
Sumber: BH
Must-Watch Video