Laman Utama

"Harap Mereka Selamat"- Farid Kamil Reda Serah Anak Pada Diana Danielle

gempak
Syafiqah Jalal
21/08/2023
12:50 MYT
Sponsor Banner
"Harap Mereka Selamat"- Farid Kamil Reda Serah Anak Pada Diana Danielle
Aktor Farid Kamil, 42, terima dan reda apabila hak penjagaan anaknya diserahkan sepenuhnya pada bekas isterinya, Diana Danielle, 32, seperti ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Isnin.
Farid mengharapkan dua cahaya matanya Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8, sentiasa berada di bawah perlindungan dan peliharaan Allah SWT.
"Buat masa ini, hanya doa Fi Amanillah (di bawah lindungan Allah) serta saya berharap mereka akan selamat dan bahagia," katanya.
Farid juga akui merindui dua anaknya itu selepas hampir dua bulan tidak dapat bersemuka dan bertentang mata dengan mereka.
"Kali terakhir saya bertemu mereka adalah sebelum Hari Raya Haji. Sudah tentu rindu (anak-anak) walaupun jalan kita (bekas isteri) sudah berbeza.
"Saya selalu buat panggilan video dan dapat berhubung dengan Muhammad dan Aurora melalui WhatsApp," katanya.
Ditanya adakah anak-anak mengetahui status penceraian mereka, pelakon utama filem Anwar: The Untold Story berkata, dia sudah menjelaskan perkara tersebut kepada anak sulungnya.
"Saya sudah maklumkan pada Muhammad tentang perkara ini. Saya berharap dia faham dengan situasi sekarang.
"Apa yang lebih penting adalah kesihatan mental dan keselamatan mereka menjadi keutamaan saya," jelasnya.
10 Ogos lalu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari.
Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof menerusi aplikasi Google Meet memandangkan dia mengalami masalah kesihatan kesan akibat jangkitan Covid-19.
Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mahkamah sama.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8.
BACA SINI: Diana Danielle Dapat Hak Jagaan Penuh Anak, Segala Tuntutan Bersama Farid Kamil Diselesaikan Cara Baik
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live