Pempengaruh media sosial, Ubai meluahkan rasa teruja apabila persembahan isterinya iaitu penyanyi Shila Amzah di China mendapat sambutan luar biasa.

BERITA TRENDING: Shila Amzah Umum Kehamilan - "Ada Sebab Kami Beritahu Sekarang..."

Malah Ubai Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, berkata dia tidak menyangka Shila mempunyai ramai peminat dan menerima layanan cukup istimewa.

“Hari ini baru aku tahu, isteri aku ni big superstar. Pertama kali ikut Shila perform dekat luar negara.

“Pengawal keselamatan ramai dan penonton full house! Hari ini (Sabtu) konsert di Macau, bulan Mac di China.

“Konsert ni sempena Tahun Baharu CIna, dekat The Londoner, Macau,” katanya menerusi aplikasi X miliknya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata- rata netizen mengatakan mereka sudah mengetahui mengenai populariti Shila.

Untuk rekod Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama.