Berita

Hari Pertama Ke Sekolah, Anak Zizie Izette Menangis, Siap Panjat Pagar Nak Lari

gempak
ZULHILMI JALIL
04/01/2021
12:45 MYT
Sponsor Banner
Hari Pertama Ke Sekolah, Anak Zizie Izette Menangis, Siap Panjat Pagar Nak Lari
Hari ini, ramai ibu bapa yang mula menghantar anak-anak mereka menghadiri hari pertama persekolahan bagi sesi 2021.
Begitu juga dengan pelakon Datin Seri Zizie Ezette apabila menghantar tiga orang anak lelakinya ke sekolah pagi tadi.
"Hari pertama persekolahan mereka. Aaric selalu nampak cool. Pada mulanya, Aadam kelihatan penuh yakin. Aaleph pula melangkah ke kelas dengan berat hati.
"Sekarang ini rumah sunyi. Saya mula merindui mereka," coretnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Bagaimanapun, entri berbentuk video tersebut mencuri tumpuan netizen apabila anak kembar lelakinya, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette dilihat mula menangis sebaik diminta memasuki ke dalam kelas.
Zizie yang menunggu di luar pagar sekolah terpaksa mententeramkan kedua-dua anaknya itu.
Bagaimanapun, suara teriak anaknya itu semakin kuat sebelum salah seorang anak kembarnya itu kemudian bertindak memanjat pagar untuk melepaskan dirinya.
Tenaga pengajar yang berada di situ juga terpaksa menenangkan dan memujuknya sebelum Zizie beredar pergi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat anaknya yang disifatkan cukup mencuit hati.
"Siap nak panjat pagar lagi, comelnya.
"Panjat nak, jangan tak panjat, ada peluang lari, kita lari," seloroh sebahagian netizen.
Begitupun, menurut Zizie dia sendiri mengakui sebagai ibu turut berasa sebak seperti perasaan kebanyakan ibu bapa di luar sana setiap kali anak mula memasuki persekolahan.
"Guru berkongsi perkembangan dengan saya. Saya tak tipu, saya menangis sedikit. Rasa sedih, tengoklah wajah anak saya.
"Sekarang ini, saya menunggu di rumah sebelum menjemput mereka pulang dari sekolah. Tak sabar nak dengar cerita hari pertama persekolahan mereka," katanya.
Dalam satu hantaran berasingan, Zizie turut berkongsi paparan mesej yang diterima daripada guru memaklumkan keadaan anaknya yang masih sesekali menangis ketika sesi pembelajaran.
"Tak mengapa, mereka akan dapat membiasakan diri selepas ini," balasnya kepada guru berkenaan.
Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag, Datuk Seri Bung Moktar pada 2009.
Pasangan itu dikurniakan anak kembar Aadam dan Aaleph pada 29 Disember 2017 dan mempunyai seorang anak perempuan, Aalisa Belle Izzete.
Pasangan tersebut turut mempunyai dua lagi anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024