Laman Utama

Hari Wanita Sedunia: Siti Elizad Sokong Wanita Perlu Ada Duit Sendiri, Fasal Anak Pula...

gempak
Zulaikha Yusof
06/03/2021
05:56 MYT
Sponsor Banner
Hari Wanita Sedunia: Siti Elizad Sokong Wanita Perlu Ada Duit Sendiri, Fasal Anak Pula...
Hari Wanita Sedunia diraikan pada setiap 8 Mac setiap tahun khusus buat para wanita seluruh dunia.
Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun itu bukan sebab untuk tidak meraikan serta menghargai peranan mereka yang sangat penting dalam kehidupan seharian.
Tahun ini, tema bagi sambutan Hari Wanita 2021 adalah Wanita Bangkit Mendepani Cabaran.
Sebagai penghargaan, Gempak mendalami hati serta kisah penyampai radio Sinar, pelakon dan pengacara Siti Elizad.
Wanita ini memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan dalam masa yang sama seorang yang bekerjaya dalam karier.
Enam tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahman namun rezeki cahaya mata belum berpihak kepada pasangan ini.
Bukan satu perjalanan yang mudah untuk mengorak langkah apabila ada segelintir yang masih lagi tidak sensitif dengan isu anak.
Jom kita sama-sama selami kisah yang dikongsikan wanita berumur 37 tahun ini.
#1 Penting ke wanita keluar bekerja dan ada duit sendiri daripada menjadi isteri sepenuh masa?
Saya rasa pada zaman sekarang wanita perlu ada kerjaya dan simpanan sendiri. Selain dapat menjana ekonomi untuk keluarga, wanita akan rasa selamat sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini pada perkahwinan mereka.
#2 Sepanjang karier sebagai pelakon, penyampai radio dan pengacara, apa pengorbanan besar yang melibatkan keluarga?
Saya terpaksa merancang 'quality time' contohnya, saat ingin bercuti harus dirancang terlebih dahulu dengan teliti akibat kekangan waktu kerja.
#3 Elizad belum lagi ada rezeki nak mempunyai anak sendiri. Macam mana cara Elizad urus individu yang selalu tanya?
Memang saya tertekan pada mulanya bila ada yang bertanya bila nak ada baby atau awak masih tak nak baby ya. Mereka seolah-olah tak sensitif dengan situasi ini. Setiap yang berkahwin mestila nak anak kan. Tapi lama-kelamaan saya dah reda, tak ambil isu ini serius sangat dengan mereka. Anggap ja manusia ini lain-lain, ada yang memahami dan ada juga jenis 'bawangrians'!
#4 Elizad rasa masyarakat sekarang perlu tak ada lebih perasaan empati? Sebab soalan mengenai anak ini sangat sensitif.
Masyarakat perlu simpati dan sensitif dengan isu anak ini. Kita kena berhati-hati bila membincangkan isu ini agar ada pihak tidak terasa hati.
#5 Elizad juga pernah mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Apa yang Elizad tetapkan dalam otak dan diri untuk terus berjuang bagi mendapatkan anak?
Saya putuskan ini bukan pengakhiran dunia. Semua ketentuan dari Allah. Jadi Allah nak saya berusaha lagi dan senantiasa husnuzon. Insya-Allah masa yang tepat akan tiba. Yg penting kena gembirakan diri.
#6 Apa yang Elizad boleh nasihatkan dekat wanita dekat luar sana yang menghadapi nasib yang sama supaya kuatkan diri dan pedulikan mulut-mulut jahat.
Nasihat saya jangan layan! Dan semestinya jangan berputus asa, teruskan mencuba dan terus berdoa. Berkawan dengan kelompok yang baik-baik, insya-Allah mereka akan memberi kesan yang positif selalu! Hati dan diri kena selalu jadi baik, moga-moga dengan izin Allah, hari yang bahagia akan datang jua.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024