Dengan matlamat memberi sokongan kepada para pemuzik tempatan dan memberi penghormatan kepada keindahan ciptaan lagu Raya klasik bersempena musim perayaan ini, The LINC KL menjalinkan kerjasama bersama Sony Music Entertainment Malaysia untuk menghasilkan Sony Music Raya Capsules melalui kempen raya Seindah Tradisi Aidilfitri.
Menampilkan empat episod siri mingguan secara maya, Sony Music Raya Capsules menghasilkan lagu versi olahan Raya klasik dengan nafas baru serta sentuhan yang menyegarkan, dengan video muzik dan beberapa rakaman di belakang tabir, kesemuanya dirakam di lokasi menarik di The LINC KL.
Artis baru yang berbakat Malaysia yang terlibat dalam penghasilan lagu dan video ini adalah Harris Alif, Vanessa Reynauld, Aisha Retno dan Waheeda Bonn dari Bahiyya Haneesa serta Qiff & Syabil.
Usaha kolaborasi bersama Sony Music Entertainment Malaysia ini adalah manifestasi sokongan kepada penghibur tempatan dalam masa ketidaktentuan ini.
Dengan memanfaatkan kepakaran Sony Music Entertainment Malaysia dalam industri muzik, serta bakat, kemahiran dan pengaruh sosial para penyanyi yang terlibat, kandungan melodi raya ini diharap dapat memberikan nafas baru dan menghidupkan keindahan dendangan irama lagu raya lama. Sekaligus membawa keceriaan di musim perayaan dan memperlihatkan keunikan budaya Malaysia dengan jalinan digital kepada penonton dari seluruh dunia.
Penyewa The LINC KL turut mengambil bahagian untuk memberi sokongan kepada komuniti pemuzik tempatan dengan menyumbang dalam penghasilan Sony Music Raya Capsules, antaranya adalah pakaian dari Chateu d'areum.beau, solekan dari RIVoLI dan gaya rambut dari SimpliDry.
Setiap video Sony Music Raya Capsules sepanjang lima minit akan dimuat naik di laman Facebook dan Instagram LINC KL, setiap Jumaat pada jam 9 malam dari 7 Mei hingga 28 Mei 2021.
Setiap lagu versi olahan dalam Sony Music Raya Capsules juga disiarkan melalui semua portal muzik seperti Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, dan YouTube Music mulai 30 April 2021.
Berikut merupakan senarai artis beserta lagu raya yang dinyanyikan.
Harris Alif - Cahaya Aidilfitri
Vanessa Reynauld - Balik Kampung
Aisha Retno & Waheeda Bonn dari Bahiyya Haneesa - Pulang Di Hari Raya 2021
Qiff & Syabil - Suasana Hari Raya
Asraf Aided
Thu May 06 2021


Awal Nafi Langgar Palang Rumah, Hanya Tolak Pakai Tangan; “Saya Bukan Iron Man”
Langgar ke tolak pagar?

Kaki Karok Memang Patut Tonton Karaoke Superstar, Confirm Menggamit Kalbu! Ada Zamani, Nash, Ameng Spring, Rahmat Mega
Kaki karok confirm suka!

Tom Holland Pernah Rasa Lakonan Teruk? Ini 5 Fakta Menarik Uncharted!
Sewa & strim sekarang!

Ruhainies Tak Mahu Jaja Kisah Mr E Lagi - "Biar Saya & Keluarga Saja Yang Tahu"
Ruhainies nak fokus kerjaya.

“VVIP Makan Tepi Jalan?”- Layan Laksa Kampung Baru, Datin Paduka Eina Azman Dipuji Ramai! Humble Betul!
Eina juga tanpa berkira terus memberi...

Yuna Sedih Anak Saudara 17 bulan Meninggal Akibat Covid-19 Selepas 12 Jam Bertarung Nyawa
Innalilah...

“Maki-Maki Lepas Tu Minta Maaf Pada Saya” - Penangan Datin Mona, IG Ziema Din Pernah Kena Serang
Memang betul-betul buat orang benci Datin Mona ni.

Awal Ashaari Didakwa Lakukan Khianat Rosakkan Palang Pagar
Pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Selasa terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.

“Makan Dengan Siapa Tu?”- Kantoi Dating, Ramai Gadis Frust Dengan Sufian Suhaimi Pula
Sufian Suhaimi dating dengan siapa tu?
.png?ext=.png)
We Tried The Longest Zip Coaster Ride in the World at ESCAPE Penang
Officially their second Guinness Book of Records feat!