Laman Utama
Henry Golding Jadi Sepupu Dakota Johnson Di Filem Adaptasi Novel Tahun 1817
Aktor kelahiran Sarawak, Malaysia, Henry Golding terus melebarkan sayapnya di peringkat antarabangsa.
Terkini, Henry yang baru menjadi ayah dilaporkan akan membintangi sebuah filem yang diadaptasi dari novel klasik terkenal pada tahun 1817, Jane Austen, Persuasion.
Lebih mengujakan, Henry akan berganding dengan aktres gred A Hollywood, Dakota Johnson sebagai sepupunya yang bernama William Elliot. Johnson akan membawa watak Anna Elliot.
Advertisement
Portal Collider melaporkan, Persuasion akan mengisahkan kisah kehidupan romantis zaman moden Anna yang berusia 27 tahun.
Masih belum berkahwin, Anna juga terperangkap dengan sikap angkuh keluarga yang hakikatnya sedang berdepan muflis.
Henry pula sebagai William adalah sepupu jauh Anna yang bijak mengambil kesempatan.
Akan ada satu lagi watak penting dalam filem ini iaitu Frederick Wentworth. Bagaimanapun, sosok pemain karakter ini masih belum diumumkan.
Persuasion dilaporkan akan memulakan penggambaran sekitar bulan ini.
Terdahulu, nama Henry harum di persada seni dunia selepas membintangi filem fenomena Crazy Rich Asian pada tahun 2018.
Bintang berusia 34 tahun ini juga akan muncul dengan filem baharu berjudul Snake Eyes yang dijadualkan tayang pada Julai mendatang.
Must-Watch Video