Berita
"Hentikan Posting Gambar dan Nama Dia" - Adam Corrie Suruh Abaikan Individu Tak Hormat Agama
Pelakon Adam Corrie menyeru orang ramai agar berhenti daripada terus memberikan perhatian kepada mana-mana individu yang tidak menghormati agama.
Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, turut menyeru agar masyarakat berhenti daripada memuat naik sebarang gambar dan nama individu yang sengaja mengundang kecaman.
"Hentikan beri perhatian kjepada sesiapa sahaja yang sengaja cetuskan kemarahan , tak menghirmati agama dan sebagainya.
"Jelas dia memang suka akan perhatian. Kecaman baginya adalah perhatian. Hentikan update posting gambar-gambar dan nama dia setiap hari," tulisnya.
Adam meluahkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Perkongsian Adam itu kemudian menerima pelbagai respons yang bersetuju dengan apa yang disuarakannya.
"Betul tu, setuju. Lagi dilayan, lagi dia buat.
"Betul abang, lagi orang kongsi pasal dia, lagi dia suka sebab satu malaysia tumpu pada berita dia.
"Setuju, saya pun geram. Tengok pengikut dia makin bertambah ada lah
"Bila semua mata beralih kepada mereka, itulah yang dicari sebenarnya," tulis sebahagian netizen.
Biarpun tidak menyebut secara langsung nama mana-mana individu, namun entri berkenaan difahamkan mempunyai kaitan dengan isu usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang menunaikan umrah dengan mengenakan telekung.
Terdahulu, Muhammad Sajad atau lebih dikenali dengan panggilan Nur Sajat menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video yang memaparkan dirinya menunaikan ibdah umrah dalam keadaan dirinya menyerupai jemaah wanita.
Must-Watch Video