Bermula dari 24 Julai 2021, Saluran 111 Astro akan dijenamakan semula ke Go Shop BAARU, saluran baharu berbahasa Melayu yang menyasarkan golongan milenial yang trendy dan bergaya.

Bagi meraikan pelancaran saluran baharu ini, Go Shop akan memberikan baucar diskaun bernilai RM111 kepada pelanggan untuk menikmati tawaran menarik dari pelbagai produknya, sehingga 3 Ogos 2021.

Go Shop BAARU akan menampilkan variasi produk baharu, lebih kontemporari dan menarik, istimewa untuk pekerja profesional dan keluarga masing-masing.

Produk-produk trendy ini terdiri dari alat perkakasan dapur, makanan kesihatan ke produk kecantikan, fesyen dan pelbagai lagi, yang diyakini mampu memudahkan urusan seharian pengguna, praktikal dan menepati gaya hidup anak muda hari ini yang dilihat sentiasa sibuk dan aktif.

Pelanggan boleh menonton pelbagai program istimewa di Go Shop BAARU, dimeriahkan dengan program ‘Saluran 111 Countdown Flash Sale’ pada 23 Julai, 9.00 malam yang menawarkan diskaun sehingga 75% untuk produk-produk terpilih.

Juga program yang bakal bersiaran selama 3 jam, ‘BAARU & Eksklusif’ pada 24 Julai, dari jam 9.00 pagi – 12 tengah hari, yang turut membariskan hos-hos selebriti seperti Mira Filzah, Nad Zainal dan Aaron Aziz.



Mereka akan memperkenalkan produk-produk baharu dan eksklusif, khas buat pelanggan. Menariknya lagi, pelanggan boleh mendapatkan potongan harga sebanyak RM22 untuk pembelian berikutnya jika mereka membeli produk-produk yang disiarkan dalam program ‘BAARU & Eksklusif’, setiap hari, pada jam 9.00 malam. Di antara produk eksklusif Go Shop yang dipakejkan bersama (atau ‘bundle’) termasuklah Copper Diamond Bakeware, Aurasia Cookware, Lunaskinz dan minuman kecantikan Audela.

Jangan lupa untuk menonton saluran-saluran Go Shop di Astro – Go Shop BAARU (CH111), Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120) yang bersiaran dalam Bahasa Melayu atau CH303 untuk versi Mandarin, dan di saluran MYTV, CH120.

Program-program Go Shop juga boleh distrim di laman sesawang atau menerusi aplikasi Go Shop. Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat sebarang pembelian, anda juga boleh layari www.goshop.com.my atau muat-turun di aplikasi Go Shop; Go Shop app di Google Play dan App Store.