Radio GEGAR bertemu para peminat di Pantai Timur dengan ‘GEGAR Pagi Serbu Kampung Budaya’, sebuah aktiviti lapangan yang dijalankan pada 19 September, di Kampung Budaya, Terengganu.



Personaliti GEGAR Pagi, Shah Muhammad dan Mek Zura berhibur bersama peminat-peminat dengan pelbagai aktiviti yang menarik termasuk permainan tradisional seperti batu selambut, congkak, gasing, tarik upih, dan aktivti musang berjanggut serta banyak lagi. Setiap permainan berlangsung di lokasi yang berbeza di sekitar Kampung Budaya.



Pemilihan Kampung Budaya sebagai lokasi utama aktiviti ini adalah untuk mengetengahkan tempat-tempat bersejarah dan pelancongan yang boleh didapati di sekitar negeri Terengganu.

Penganjuran ‘GEGAR Pagi Serbu Kampung Budaya’ juga merupakan kerjasama antara Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan radio GEGAR.



Maklumat lanjut berkaitan ‘GEGAR Pagi Serbu Kampung Budaya’ dan kempen-kempen boleh didapati menerusi www.gegar.my atau ikuti GEGAR di platform media sosial Facebook dan Instagram.