Laman Utama

Hidap Bronkitis Sinus, DJ Lin 'Lari' Dari Hospital Demi Kerja

gempak
Amri Hassan
07/12/2023
09:45 MYT
Sponsor Banner
Hidap Bronkitis Sinus, DJ Lin 'Lari' Dari Hospital Demi Kerja
Penyampai radio DJ Lin memujuk doktor yang merawatnya supaya membenarkannya 'bercuti' dari wad meskipun keadaan kesihatan belum pulih sepenuhnya.

BERITA TRENDING: "Saya Percaya Restu Ibu, Keputusan Berhijab & Ikhlas Bekerja Akan Buahkan Hasil" - DJ Lin

Pengendali segmen Suria Cinta di Suria FM itu berkata, dia tidak boleh tinggalkan pejabat terlalu lama kerana banyak urusan akan tertangguh.
"Kak Lin terpaksa lari dari wad juga, minta cuti kat doktor sebab banyak kerja perlu diselesaikan lebih-lebih lagi menjelang hujung tahun.
"Keadaan pun makin baik cuma masih belum pulih sepenuhnya," katanya.
DJ Lin dimasukkan ke wad selepas menghidap bronkitis sinus lebih seminggu pertengahan bulan lalu.
Dia berkata, doktor sudah bekalkan ubatan dan rawatan sepanjang berada di rumah serta perlu kembali ke hospital selepas ini.
"Kiranya dapat balik bersyarat, Kak Lin kena terus makan ubat dan ikut rawatan yang diajar.
"Seperti biasa kita akan terus berikan yang terbaik kepada pendengar dan Insya-Allah kami akan tampil dengan lebih segar dan baharu. Nantikan" katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live